Tuesday, January 10, 2012

TAKHALLI

TAKHALLI  (membersih diri dari sifat-sifat tercela kotoran hati)
Firman Allah dalam Al-Quran (As-Sama 9,10) maksudnya;
“Sesungguhnya berbahagialah orang yang mensucikan jiwanya, dan sungguh merugilah orang yang mengotori  jiwanya.
Tersingkapnya tabir atau hijab yang membatasi diri dengan Tuhan ialah suci bersihnya diri / jiwa dari segala  kotoran-kotoran maksiat lahir dan maksiat batin.
Menurut ahli Tarekat, ada 4 dinding atau hijab yang membatasi diri dengan Tuhan, tetapi ada 4 jalan pula yang dapat membuka dinding / hijab itu.

Tingkat Pertama:
Suci daripada Najis dan Hadas
1.       Dalam membersihkan diri dari najis, maka seseorang wajib beristinja’/bersuci dengan air atau tanah.
2.       Dalam mensucikan diri dari hadas besar , seseorang wajib mandi (mandi junub)
3.       Dalam mensucikan diri dari hadas kecil, seseorang wajib berwudhuk.

Tingkat kedua:
Mensucikan diri dari dosa lahir
Ada 7 anggota badan yang membuat dosa lahir yang disebut ‘maksiat’ iaitu:
1.       Mulut yang biasa berdusta dan mengumpat
2.       Mata yang biasa melihat yang haram
3.       Telinga yang biasa mendengar cerita kosong atau yang haram
4.       Hidung yang bisa menimbulkan rasa benci
5.       Tangan yang berbuat yang haram
6.       Kaki yang berjalan berbuat maksiat
7.       Kemaluan yang biasa bersyahwat atau berzina


Tingkat ketiga:
Suci daripada dosa batin
Ahli sufi menerangkan bahawa ada 7 alat pembuat dosa batin yang dinamakan 7 Lataif.
1.       Latifatul  Qalbi  : yang berhubungan jantung jasmani, letaknya dua jari di bawah susu kiri. Disinilah letaknya sifat-sifat kemusyrikan, kekafiran dan ketahyulan dan sifat-sifat Iblis.
2.       Latifatul Ruh :  letaknya dua jari di bawah susu kanan. Disinilah terletak sifat ‘Bahimiyah’ (Binatang jinak), iaitu sifat-sifat menuruti hawa nafsu.
3.       Latifatus-sirri : letaknya  dua jari di atas susu kiri. Di sinilah letaknya sifat ‘Syabiyah’ (binatang buas),  iaitu sifat zalim atau aniaya, pemarah, pendendam.
4.       Latifatul Khafi : letaknya dua jari di atas susu kanan, dikenderai oleh limpah jasmani. Di sinilah letaknya sifat-sifat pendengki, khianat, sifat syaitaniah ini membawa kecelakaan dan kebinasaan di duan dan di akhirat.
5.       Latifatul Akhfa : letaknya di tengah dada berhubungan hempedu jasmani. Di sinilah  letaknya sifat Rabbaniyah, iaitu sifat-sifat ria’, takbur, sombong, ujub, dan sum’ah.
6.       Latifatun-nafsun-Natiqa : letaknya di antara dua kening. Di sinilah letaknya nafsu ammarah, iaitu nafsu  yang selalu mendorong orang kepada kejahatan. Sifat-sifat inilah yang menjadi penghalang besar untuk kebaikan masyarakat.
7.       Latifatul  Kullul Jasad : iaitu latifah yang meliputi seluruh jasad jasmani. Dalam latifah ini terletak sifat-sifat  Jahil dan Ghaflah ( lalai)

Tingkat ke empat
Mensucikan hati Rabbaniyah
Hati Rabbaniah merupakan Roh yang suci yang paling halus dan dialah yang memerintah dan mengatur badan jasmani. Dialah hakikat diri yang sebenarnya diri. Dialah yang dapat mendekati Tuhan apabila telah dibersihkan dari najis dan hadas, bersih dari kotoran-kotoran lahir dan batin  yang dihiasi dengan istighfar, selawat dan zikrullah.
Sabda nabi Muhammad saw bermaksud:
“Di dalam tubuh anak Adam ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia itu ialah ‘Hati’.

Sekian, mudah-mudahan bermanfaat kepada semua.

Rujukan: Kunci Memahami Tasawwuf. oleh Dr. Mustafa Zahri. (Pt.bina ilmu)

No comments:

Post a Comment