Salam sejahtera buat pembaca yang setia mengikuti blog saya.
Untuk menjadi orang baik dan kuat rohaninya memang banyak rintangannya, tetapi untuk menjadi orang jahat dan rendah rohaninya amat mudah sekali. Mengapa begitu?
Tidak dapat tidak, bagi orang yang hendak memperkuat rohaninya harus melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Pada pendapat saya, hanya jalan tasauf sahaja yang boleh memandu kita ke arah pembersihan rohani yang mantap. Ada dua cara yang biasa ditempuh oleh si salik untuk memperkuat rohani iaitu melalui dua kaedah iaitu:
a) TAKHALLI (membersih diri dari sifat-sifat tercela kotoran hati)
b) TAHALLI (mengisi diri dengan sifat-sifat terpuji menyinari hati)
Tanpa dua kaedah tersebut, agak sukar untuk kita menuju Allah dengan sebenar-benarnya iaitu makam TAJALLI. Bercakap memang mudah, tetapi untuk mempraktikkannya adalah sukar. Di sini, amat perlu kita berguru dengan guru mursyid lagi murabbi untuk memandu kita. Jika tanpa panduan guru pun sukar juga, kerana terdapat banyak musuh-musuh disekeliling kita. Ada empat musuh utama yang menghalang iaitu :
a) Hawa nafsu dalam diri
b) Godaan syaitan yang tidak nampak dek mata kasar
c) Godaan dunia dan segala isinya yang sering melalaikan.
d) Manusia sendiri yang terdiri daripada saudara-mara, sahabat handai dan sebagainya.
Dengan guru, kita mendapat panduan untuk memandu kita ke arah jalan yang selamat di dunia dan akhirat. Cukuplah Al-Quran dan Al-Hadis sebagai penyuluh jalan yang benar.
InsyaAllah, dalam tulisan akan datang saya cuba menghuraikan berkenaan Takhalli dan Tahalli..
Berzikir dan membaca Al_Quran amat dituntut dalam Islam |
No comments:
Post a Comment