Tuesday, July 30, 2013

Makluman Perpindahan Tapak Blog RAWATAN ISLAM JENGKA (RIJ)


Salam sejahtera buat pembaca dan peminat Blog RAWATAN ISLAM JENGKA (RIJ).

Dengan segala hormatnya saya ingin memaklumkan bahawa Blog RIJ akan berpindah ke blog baru iaitu  RAWATAN ISLAM AL-ANSARI JENGKA.

Tuan-tuan bolehlah melawat tapak baru blog saya iaitu:

 


No. HP saya ada disertakan di alamat blog baru tersebut

Segala kesulitan saya pohonkan ribuan kemaafan.

Nantikan info-info menarik daripada saya...

Tuesday, July 23, 2013

GANGGUAN SYAITAN DI BULAN RAMADAN


Pendahuluan


Gambar hiasan : Kerasukan syaitan
 Sering kita diberitahu dan diingatkan bahawa pada bulan Ramadan (Puasa) syaitan-syaitan akan diikat dan dirantai agar tidak mengganggu umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa. Justeru, pada fikiran kita tidak akan ada gangguan dan kerasukan angkara jin dan syaitan di badan manusia. Sebenarnya tanggapan tersebut adalah salah kerana pada bulan Ramadan pun masih ada gangguan daripada makhluk halus ini. Buktinya, saya telah merawat satu kes melibatkan gangguan makhluk halus  pada bulan Ramadan baru-baru ini. Agak agresif juga tindak balasnya setelah saya meruqyah dengan ayat-ayat suci al-Quran. Jeritannya pada petang Ramadan tersebut membuatkan jiran-jiran tertanya-tanya. 

Apabila tibanya bulan Ramadhan, sebagaimana biasa kita akan mendengar satu hadis yang sering dibacakan oleh para ustaz di masjid-masjid atau diperdengarkan kepada khalayak ramai iaitu hadis yang datang dari Abu Hurairah RA yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.." Hadis ini diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Imam Muslim Rahimahullah menyebut hadis ini dalam kitab Shiam (Puasa) dan begitu juga dengan Imam Bukhari yang meletakkan hadis di dalam kitab Shaum (Puasa). Namun lafaz yang dibawa oleh Imam Bukhari berlainan dari Muslim walaupun dari periwayat yang sama iaitu : "Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu jahannam dan dirantai syaitan-syaitan.." Namun, perbezaan lafaz ini tidak membawa kepada perbezaan makna hadis.

Gambaran syaitan dirantai

Persoalannya : Adakah syaitan benar-benar dirantai di bulan Ramadhan sehingga tidak dapat menjalankan aktivitinya seperti biasa? Kalau ini yang terjadi, bagaimana pula yang berlaku pada hari ini di mana dilihat kemaksiatan yang berlaku di bulan Ramadhan tidak kurang hebatnya daripada yang berlaku di bulan yang lain? Atau adakah rantai tersebut hanyalah satu simbolik (majaz)?

Menurut pendapat Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarahnya menyebut bahawa proses perantaian tersebut hanyalah satu simbolik atau majaz untuk menunjukkan betapa syaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya seperti biasa memandangkan orang-orang Islam sudahpun berpuasa. Ini kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan menyempitkan saluran darah yang menjadi laluan syaitan dan akan berkuranglah nafsu yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana itu, syaitan tidak dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini menyebabkan dirinya bagaikan di'rantai'. Dalam erti kata lain, puasalah yang menjadi punca kepada perantaian ini dan kepada orang-orang yang tidak melaksanakan ibadat puasa, pengaruh syaitan ke atas dirinya samalah seperti bulan-bulan yang lain.

Walau bagaimanapun, Imam Nawawi sendiri tidak menolak kemungkinan maknanya yang zahir iaitu syaitan-syaitan benar-benar dirantai pada bulan Ramadhan bagi menandakan kemuliaan bulan Ramadhan. Manakala hakikat yang terjadi pada hari ini di mana ramai orang-orang yang berpuasa tetap meneruskan kemaksiatan ialah kerana puasa mereka tidak menepati syarat-syarat dan tidak dihayati sebagaimana yang sepatutnya. Apabila puasa tidak dihayati sepenuhnya, pengaruh syaitan akan tetap berkekalan sekalipun syaitan sendiri sudahpun dirantai. Pendapat ini dipegang oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani.

Ya.. yang diikat dan dirantai itu adalah syaitan, tetapi tidak semua makhluk halus turut diikat seperti jin.. Pada pendapat saya, yang mengganggu dan merasuk manusia ketika bulan Ramadan adalah jin. Walau bagaimanapun marilah kita memahami hakikat syaitan ini.

Memahami Hakikat Syaitan

Syaitan adalah mufradnya dari Syayathin. Syeikh Ahmad Asshawi telah berkata mengenai makna dan asal Syaitan didalam tafsirnya, pada juz 1, halaman 5, sebagai berikut:

Ertinya: Dan lafaz syaitan itu asalnya Syathana, ertinya jauh dari rahmat Allah. Ada juga dikatakan berasal dari Sya-tha ,dengan makna ihtaroqa ertinya; terbakar. Dan syaitan itu nama bagi tiap-tiap yang derhaka dari bangsa jin dan manusia.

Daripada keterangan diatas, dapatlah kita pastikan bahawa syaitan itu adalah nama sifat dan tidaklah ia diberi bentuk atau asal tertentu. Kalau jin bersifat derhaka, maka dialah syaitan. Begitu juga jika ia manusia yang bersifat derhaka, maka dialah syaitan. Kadangkala lafaz syaitan juga diberikan kepada Iblis laknatullah. 

Diterangkan dalam Surah Al-An'Am ayat 112, seperti berikut :
Ertinya: Dan demikianlah telah kami jadikan bagi tiap tiap nabi itu musuh musuh berupa syaitan yang terdiri daripada jin dan manusia, yang membisikkan setengah mereka itu kepada sesetengahnya akan kata kata yang dihiasi dengan tipudayanya.
Syaitan manusia itu kadangkalanya adalah diri kita, isteri kita, teman kita atau anak anak kita yang membuat kita berpaling dari taat kepada Allah.

Malik bin Dinar berkata:
Ertinya: Sesungguhnya syaitan manusia itu lebih hebat ke atasku daripada syaitan jin, maksudnya : apabila aku berlindung kepada Allah, maka berlalulah syaitan jin. Sedangkan syaitan manusia itu datang kepadaku,maka diseretlah aku kepada segala kemaksiatan:

Hujjatul Imam Al-Ghazali berkata:
"Berhati-hatilah engkau kepada syaitan manusia, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan manusia itu telah memberi kesenangan kepada syaitan-syaitan jin daripada keletihanya.”

Daripada keterangan diatas, dapatlah kita perhatikan bahawa Iblis laknatullah adalah syaitan kerana ia telah membangkang dan derhaka pada perintah Allah untuk sujud kepada Adam. Sedangkan syaitan bukanlah iblis, kerana Iblis adalah lafaz untuk menyebut seorang jin yang tertentu yang bernama Azazil. Pada setiap orang terdapat syaitan akan tetapi pada setiap orang tidak ada iblis.

"Bahawa Aisyah,isteri Nabi s.a.w mengatakan, "Rasulullah s.a.w keluar pada satu malam daripada sisinya. Aisyah berkata, "Aku lalu berlari mengejar baginda hingga mendapatkanya. "Melihat apa yang aku lakukan, Baginda berkata, "ada apa dengan kamu wahai Aisyah,apakah kamu cemburu?" Aisyah berkata,"bagaimana orang sepertiku tidak cemburu terhadap orang seperti kamu". Baginda kemudian berkata, "Atau syaitan telah datang kepada kamu? Aisyah berkata,"adakah padaku ada syaitan? Baginda berkata, "Ya". Aisyah berkata lagi, "apakah dia juga ada pada setiap orang". Nabi berkata"Ya". Aisyah berkata,"apakah pada kamu juga? Nabi menjawab, "Ya,hanya saja Allah menolongku untuk menakluknya sehingga ia memeluk islam" (riwayat muslim)

Kesimpulan

Bagaimana saudara? Jelaslah daripada keterangan tersebut, dapat kita membuat kesimpulan bahawa syaitan itu adalah nama bagi tiap-tiap yang derhaka dari bangsa jin dan manusia. Kalau jin bersifat derhaka, maka dialah syaitan. Begitu juga jika ia manusia yang bersifat derhaka, maka dialah syaitan.

Kalau syaitan dikalangan jin yang derhaka, maka layaklah jin tersebut diikat dan dirantai di bulan Ramadan tetapi jika syaitan di kalangan manusia, bagaimana? Kena ikat dan dirantai jugakah? Saudara pembaca carilah sendiri jawapannya....

Sebagai kesimpulannya, pemahaman para ulama' terhadap hadis yang menyatakan syaitan-syaitan dirantai terbahagi kepada dua iaitu memahaminya secara simbolik ataupun memahaminya di atas maknanya yang zahir. Bagaimanapun, ia sebenarnya tidak bertentangan antara satu sama lain. Seandainya seseorang itu berpuasa dengan sebenar-benarnya, maka sesungguhnya dia telah merantai syaitan daripada mendekati dirinya.

Sumber:

http://halaqah.net
http://www.mymasjid.net.

Sunday, July 21, 2013

Minyak Zaitun : Khasiat Yang Perlu Direbut



Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun,  iaitu dalam surah al-Tiin:"Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun."


Pengenalan

Didalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, buah zaitun disebut bersendirian dan 5 kali lagi buah zaitun digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah-buahan lain seperti tamar,delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah-buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.


Buah Zaitun
Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh dari buah zaitun atau nama lainnya Olea europaea (bermaksud minyak dari Eropah). Minyak zaitun diperolehi melalui proses pengisaran keseluruhan buah zaitun dan mengekstarak minyak tersebut melalui cara mekanikal ataupun kimia. Minyak zaitun mempunyai pelbagai fungsi dan faedah, dan minyak ini telah banyak digunakan untuk memasak, sebagai bahan utama dalam produk kosmetik, ubat-ubatan farmaseutikal, bahan pencuci seperti sabun mandi, bahan api (seperti pelita tradisional) dan sebagainya. Boleh dikatakan seluruh dunia menggunakan minyak zaitun namun terdapat beberapa negara yang sentiasa mengamalkan penggunaan minyak zaitun dalam masakan utama mereka berbanding negara-negara lain seperti di Malaysia yang banyak menggunakan minyak kelapa sawit dalam masakan kerana minyak sawit lebih murah berbanding minyak zaitun.

Khasiat Minyak Zaitun

Minyak zaitun


1. Menggalakkan kesihatan jantung
Minyak zaitun adalah sebuah khazanah lemak monotaktepu dan antioksidan yang mengurangkan tahap LDL (buruk) kolesterol. Jadi minyak zaitun melindungi diri kita terhadap penyakit kardiovaskular dan masalah jantung yang lain. Minyak zaitun juga menghalang lemak tersumbat dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.

2. Mengurangkan risiko kanser
Minyak zaitun kaya dengan polifenol yang bekerja sebagai antioksidan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Hasilnya, minyak zaitun membantu untuk mengurangkan risiko tekanan oksidatif dan keradangan kronik dalam sel-sel. Kajian mendapati, minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Minyak zaitun juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser saluran pernafasan dan saluran penghadaman.

3. Mengawal paras gula dalam darah
Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu yang menggalakkan tahap insulin yang sihat. Hasilnya, minyak zaitun membantu untuk mengekalkan paras gula darah. Minyak zaitun biasanya disyorkan oleh doktor untuk orang yang mengidap penyakit kencing manis jenis 2 dan pesakit diabetes yang mempunyai risiko penyakit jantung.

4. Mempunyai ciri-ciri anti-radang
Seperti yang disebutkan tadi, minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang memastikan bahawa membran sel tinggal cecair dan dapat menggerakkan nutrien yang sihat ke dalam sel dan membuang bahan buangan keluar. Ini membantu untuk mengurangkan risiko arthritis dan asma.

5. Membantu untuk mengurangkan lemak
Minyak zaitun tidak mengandungi banyak lemak tepu tetapi minyak ini tidak mengandungi apa-apa jumlah lemak tepu, yang dikenali untuk menambah lapisan dan lapisan lemak yang tidak sihat kepada badan anda. Oleh itu, dengan memasukkan minyak zaitun untuk diet biasa anda, anda boleh kehilangan lemak badan yang berlebihan, walaupun jika anda tidak melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

6. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat
Minyak zaitun mempunyai sejumlah besar oleates yang berkhidmat untuk menggalakkan kalsifikasi tulang dan mineral. Hasilnya, minyak ini adalah makanan penting bagi bayi serta orang-orang tua, yang mengalami osteoporosis.

7. Menggalakkan kebolehan kognitif

Kajian mendedahkan, minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk menggalakkan perkembangan otak. Minyak zaitun juga telah mendapati bahawa tempat di mana orang membuat minyak zaitun, kurang cenderung untuk mempunyai demensia.

8. Membantu sistem penghadaman
Minyak zaitun dikenali untuk mengubati ulser, sembelit dan jangkitan dalam saluran penghadaman. Ciri-ciri anti-radang yang membantu dalam menyembuhkan isi pundi hempedu dan jangkitan saluran kencing juga.

9. Melambatkan proses penuaan
Minyak zaitun kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan K. Minyak zaitun juga mempunyai polifenol yang melambatkan proses penuaan. Asid lemak menjadikannya arteri lembut dan meningkatkan kelembapan kulit. Oleh itu, minyak ini sering dirujuk sebagai ‘minyak kecantikan’.

10. meningkatkan imuniti badan
Minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan menggalakkan penyembuhan tisu. Akibatnya, orang-orang yang mempunyai minyak zaitun secara tetap dikatakan mempunyai kuasa imuniti yang lebih tinggi.

Jenis Minyak Zaitun

Extra Virgin Olive Oil (paing banyak khasiat)
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad. Minyak zaitun jenis ini paling baik digunakakan untuk makanan kesihatan yang kita bincangkan sebentar tadi. Boleh dapatkan dalam bentuk kapsul untuk mudah ditelan.

Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.


Nasihat Saya:
Marilah kita bersama-sama mengambil manfaat yang terdapat dalam Minyak Zaitun untuk menjana kesihatan yang berterusan. Saya kini terus mengamalkan pemakanan sunah ini untuk meraih kesihatan yang optimum. InsyaAllah.
Sumber:
http://liazaifan.blogspot.com/2013/02/minyak-zaitun-khasiatnya.html 
http://budakbahagia.blogspot.com/2013/04/khasiat-minyak-zaitun.html

Saturday, July 20, 2013

Habbatus Sauda : Khasiat Yang Perlu Direbut


Khasiat Luar Biasa Habbatus Sauda’ kepada Manusia
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
(Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan 
hadith-hadith sahih no. 1819. )

Pengenalan
Pokok Habbatus sauda
 Habbatus Sauda’ adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda’. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda’ ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Biji Habbatussauda
Mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatusssauda’ ini ialah satu supplement atau ubat yangg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin a
  • Kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu habbatus sauda mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, habbatus sauda baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu habbatus sauda baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
 7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Pendapat Pakar di Malaysia berkenaan Habbatus sauda’

 
Prof. Dr. Latiffah A. Latiff

 Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.


Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.

“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.
Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.

Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.

Lewatkan penuaan

Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.

“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.
“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.

“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.

Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.

“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.

“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.
“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.

Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.

Nasihat saya:
Marilah kita bersama-sama mengambil manfaat yang terdapat dalam Habbatus sauda untuk menjana kesihatan yang berterusan. Saya kini terus mengamalkan pemakanan sunah ini untuk meraih kesihatan yang optimum. InsyaAllah.

Sumber rujukan:
www.kosmo.com.my (rencara bertajuk: hasiat Makanan Sunah Rasulullah. Keajaiban Habbatussauda, 20/07/2013)