Saudara pembaca yang dihormati,
Agak lama saya tidak menulis di dalam blog RIJ ini dek kekangan masa dan kerja. Tambahan pula talian internet Broadband Maxis telah saya tamatkan ekoran line yang selalu terganggu dan lambat pula.
Hati umpama raja..Raja itu berkuasa. |
Tulisan kali ini mengajak kita menuju kepada kepekaan hati atau rohani ketika merawat pesakit dan penyakit. Kepekaan hati memang amat diperlukan ketika merawat apatah lagi bagi kes-kes gangguan atau rasukan. Hati ini umpama raja atau pemerintah di dalam badan dan roh. Ini kerana hati itu mempunyai sifat latifah Rabbaniyah iaitu rasa yang berhubung erat dengan Tuhan.
Tidaklah meruqyah itu cukup dengan menghafal ayat-ayat manzil yang dibacakan dengan kuat ke arah pesakit tanpa adanya talian yang erat dengan hati dan rasa. Memang secara dasarnya perubatan Islam bertunjangkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis Nabi tetapi mestilah berhubung erat dengan gerak dan rasa hati. Ketika meruqyah, perlulah diamati rasa hati atau gerak hati. Hati itu memancarkan niat......niat itu memancarkan gelombang yang dapat menuju kepada pesakit dan penyakit. Sebagai contoh; ketika membaca dua ayat terakhir dari Surah al-Hasyr (ayat 21-24) bukan sekadar baca sahaja tetapi niatkan dalam hati menjadi pemecah dan merungkai penyakit, mudah-mudahan gelombang niat itu beserta mukjizat ayat al-Quran itu dapat menyembuhkan penyakit. Tetapi haruslah kita ingat, amalan wirid ruqyah itu haruslah dilakukan secara istiqamah agar mendatangkan warid. Warid itulah pertolongan daripada Allah kepada hamba-hambanya yang ikhlas.
kadang-kadang bagi sesetengah kes rawatan, cukup dengan memegang pesakit....gelombang itu sudah sampai hingga terasa mengalir di tangan dan menuju kepada penyakit. Atau dalam sesetengah kes (biasanya gangguan jin), bila waris telefon nak datang berubat, pesakit sudah berasa gelisah dan tidak senang duduk. Perkara ini susah untuk diterangkan secara bertulis, memadailah disingkap secara sepintas lalu. Ibarat kata hendak menceritakan manisnya gula....memang susah untuk diungkap dengan kata-kata. Kalau nak tahu, kena rasa gula itu sendiri barulah tahu bagaimana rasa manisnya.
Gerak hati bolehlah dikatakan hakikat. Bacaan ruqyah dan kaedah merawat dikatakan syariat. Mana boleh bercerai hakikat dengan syariat atau bercerai syariat dengan hakikat. Kedua-duanya mesti seiring sejalan.
Sebelum merawat bersihkan hati dahulu dengan berisgtifar, ucapkan Dua Kalimah Syahadah untuk mentauhidkan Allah dan Rasul, diiringi Selawat kepada Nabi untuk mengambil Syafaat, disusuli hauqalah untuk mengosongkan ego diri....barulah gerak hati menjadi suci.
Sekian, mudah-mudahan tulisan ini memberi manfaat kepada diri saya dan anda semua. Biarlah tullisan saya ini lain daripada yang lain. Jumpa lagi dalam tulisan seterusnya.
Assalamu alaikum..
No comments:
Post a Comment