Salam sejahtera buat pembaca yang dihormati,
Tujuan utama saya memaparkan artikel mengenai Raja Haji dan Tok Ku Paloh adalah bagi berkongsi maklumat mengenai perjuangan suci mereka untuk mengangkat martabat agama, bangsa dan negara tercinta.
Adalah diharapkan semangat perjuangan mereka dapat diteruskan oleh generasi muda masa kini dan generasi seterusnya. Janganlah kita terus hanyut dan leka dibuai kemewahan duniawi tanpa membuat persiapan yang sewajarnya.
Marilah kita belajar ilmu agama sehingga faham dan belajar ilmu persilatan atau bela diri (merangkumi aspek zahir dan batin) untuk menjaga diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Janganlah kita terlalu sibuk dengan urusan dunia seperti mencari duit dan harta sehingga lupa berkunjung ke majlis-majlis ilmu. Janganlah bila dah berlaku huru hara baru sibuk nak belajar ilmu agama dan ilmu persilatan. Selagi guru masih ada dan masih hidup, belajarlah dan timbalah seberapa banyak ilmu daripadanya... dan jangan lupa beramal.. kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.
Sesungguhnya masih ada guru yang menghimpunkan dua sanad iilmu aitu pertama daripada sanad Raja Haji Pulau Bugis dan yang kedua daripada sanad Tok Ku Paloh Al- Aidros. Gurunya masih ada lagi...Tak bolehlah nak tulis lebih-lebih nanti ada orang yang kata penipu, tertipu dan menipu.
Kepada rakan-rakan seperguruanku..sambutlah salam perjuangan daripada hamba.
No comments:
Post a Comment