Gelagat anak hiperaktif...kreatif tapi lasak |
Saudara pembaca yang budiman.
Anak-anak adalah merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dalam keluarga. Tanpa kehadiran anak-anak dalam sesebuah keluarga, ibarat tidak lengkap bahtera perkahwinan yang dibina. Hidup terasa sunyi, jiwa terasa kosong dan terasa ada yang tidak kena. Ya... kehadiran anak-anak menjadi penyejuk mata kedua-dua orang tua. Melihat keletah mereka cukup membuatkan kehidupan menjadi indah dan ceria.
Sewajarnya kita sentiasa bersyukur kepada anugerah Allah yang tidak ternilai dengan kehadiran cahaya mata, namun jika ditakdirkan kita menerima anak-anak hiperaktif, bagaimana? Sanggupkan kita bersabar melayan kenakalan dan tingkahlaku anak-anak yang melampaui tahap normal? Sesetengah orang senang berkata bahawa hiperaktif adalah anak yang degil dan keras kepala...betul ke?
Saudara,
Saya terpanggil menulis artikel ini ekoran ada satu pasangan yang mengadu mengenai dua orang anaknya yang hiperaktif. Pasangan ini begitu buntu dan susah hati melihatkan gelagat buas dan nakal anak-anaknya. Saya sebenarnya lagilah buntu untuk membantu mereka kerana apalah sangat ilmu saya untuk merawat kes sebegini. Untuk tidak menghampakan harapan mereka, saya berjanji untuk membantu setakat mana yang termampu oleh saya. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah untuk menyembuhkannya. Sehingga artikel ini ditulis, saya belum lagi merawat anak mereka..
Sebagai manusia yang diberikan akal dan hidup berlandaskan ajaran Islam, yakinlah bahawa setiap pemberian dari Allah (termasuk anak hiperaktif) ada hikmahnya yang tersendiri. Bersabarlah menerima dugaan anak hiperaktif dan layanlah mereka dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak-anak yang menjadi penyejuk mata kita. Lazimkanlah membaca doa di bawah ini setiap kali selesai solat 5 waktu:
DOA DISIPLINKAN ANAK“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”
Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa
Lebih elok ibu bapa membaca doa ini dan ditiupkan ke ubun-ubun anak-anak ketika anak-anak sedang tidur dengan niat dalam hati......
Sebagai tambahan boleh juga dibaca kombinasi doa berikut:
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al- Hasyr (ayat 21 – 24) iaitu Doa Pemecah, mudah-mudahan Allah turunkan darjah hiperaktifnya ke tahap normal
3. Surah Toha (ayat 1 – 5) iaitu Doa Pelembut Hati, mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya agar mendengar kata dan nasihat yang berguna, sebagaimana kisah Sayyidina Umar lembut hatinya mendengar bacaan surah ini dan memeluk Islam.
Saudara,
Marilah kita kembali kepada doa dan kaedah rawatan Islam untuk menangani apa jua kes zahir dan batin. Mudah-mudahan hidup kita semua diberkati Allah. Aminnnn.
Sekian, terimalah sedikit perkongsian ilmu daripada saya yang jahil ini. Semoga berjumpa lagi.
Hai...saya anak hiperaktif. jangan marah ye... |
No comments:
Post a Comment