Assalamu’alaikum wwt..
Bersua kembali dalam tulisan blog saya pada kali ini. Mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah
Seringkali kita terdengar atau melihat seseorang yang terkena musibah penyakit yang agar sukar untuk disembuhkan walaupun sudah puas berikhtiar berubat ke sana dan ke mari. Di bawa ke hospital sudah, di bawa berjumpa bomoh pun sudah malah berjumpa perawat dari kalangan perawat Islam juga sudah, namun penyakit yang dideritai masih belum sembuh.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....merupakan salah satu peribahasa Melayu yang paling tepat untuk menggambarkan penderitaan insan tersebut..
Gambar hiasan: keadaan pesakit yang terlantar kesakitan |
Pernahkah kita berfikir mengapakah penyakit tersebut tidak juga sembuh..apakah sebabnya?
Menurut guru saya ,Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi, antara penyebab penyakit tersebut payah untuk disembuhkan mungkin berpunca daripada 5 sebab yang berikut:
1. Kenaikan maqam seseorang
Apabila Allah SWT menyayangi seseorang hamba dan ingin meninggikan maqam atau darjat di sisi-Nya, maka hama itu diuji dengan penyakit yang berat. Oleh itu bersabarlah dengan cubaan yang menimpa dan jangan berkeluh kesah.
2. Penyakit sebagai kafarah
Penyakit yang menimpa seseorang itu mungkin juga sebagai kifarah atau penebus dosa silam seseorang itu. Maka terlantarlah hamba tersebut bersama penyakitnya. Mungkin dengan penyakit tersebut dapat membasuh dosa-dosa yang lalu, lalu meningkat naik darjat seseorang itu. Jika hamba tersebut bersabar dengan penyakitnya dan redha dengan kehendak-Nya, maka beruntunglah nasibnya di dunia dan di akhirat.
3. Penyakit untuk menghancurkan golongan zalim
Kadang-kadang penyakit yang diturunkan oleh Allah adalah sebagai satu balasan untuk menghancurkan orang-orang yang berbuat zalim ke atas dirinya dan kepada orang lain. Lihat sahaja penghidap penyakit AIDS..dari kaca mata Islam, AIDS bukanlah satu perkara yang pelik kerana nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “ Apabila terjadi perzinaan secara terang-terangan kepada suatu kaum, maka mereka akan diserang oleh satu penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka sebelum mereka.” (Riwayat al-Baihaqi). AIDS juga menular akibat hubungan songsang seks sejenis dan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan..
4. Penyakit akibat tidak menunaikan nazar kepada Allah
Apabila seseorang itu bernazar jika berjaya mendapatkan sesuatu atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan urusan hidup, maka wajib ditunaikan nazar tersebut apabila tiba masanya. Perkara nazar iaitu mengerjakan sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariat Islam jangan dibuat main-main atau bersikap sambil lewa sahaja, kelak memakan diri. Ini kerana kita telah berjanji dengan Allah yang telah menunaikan hajat kita. Maka tidak mustahil, jika nazar ini tidak ditunaikan, Allah akan menimpakan penyakit kepada orang yang bernazar tadi. Berubatlah kemana sahaja, pasti tidak akan sembuh....melainkan nazar tersebut dilaksanakan.
5. Penyakit berpunca daripada derhaka
Banyak penyakit yang tidak dapat disembuhkan akibat sikap seseorang yang menderhaka. Perkara menderhaka ini telah banyak kita dengar dan lihat. Ada anak yang menderha kepada kedua orang tuanya, ada isteri yang menderhaka kepada suami dan sebagainya. Aliah paling murka kepada perbuatan derhaka ini, lantaran itu tidak mustahil penyakit berat yang sukar disembuhkan akan menimpa. Kesembuhan penyakit tersebut hanya melalui restu dan ampun daripada orang tersebut. Ingatlah..redha Allah bergantung kepada redha ibu bapanya atau isteri mendapat redha Allah melalui redha suami.
Oleh itu, marilah kita memeriksa akan punca penyakit yang kita deritai...adakah berpunca daripada 5 sebab di atas?..
Marilah kita sentiasa berbuat kebaikan untuk mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat.
Sekian, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment