Salam hormat buat pembaca yang setia mengikuti blog saya..
Tulisan kali ini membawa kita kepada satu dimensi amalan yang menarik untuk kita sama-sama kongsi dan amalkan ...insyaAllah.
Tajuk artikel ini dipetik dari buku ‘Kitab Ilmu Perubatan Kesufian’ karangan Sheikh Hakim Moinuddin Chisti (halaman 163)....sila baca seterusnya.
Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan di sini, yang digelar ‘Maqalad as-Samawi wal-Ard’ yang bererti “kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi”.
Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit iaitu mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan – faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja tetapi juga penyakit yang lain, seperti tersebut dalam hadis.
Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Affan telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran). Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya”.
Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah seperti berikut:
La ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar,Wa subhanallah, wal hamdulillahi, wastaghfirullah, allazi laa illaha ilahhu, wal awwallu wal akhiru, waa zahiru wal baatinu, yuhyi wayumiit, wahuwa hayyu laa yamutu biyadihil kahirul, wa huwa ‘ala kullisyai’in qadir
Ertinya:
Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah yang Besar Maha Suci Engkau
Segala puji bagi Allah
Aku memohon ampn kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia yang awal, Dia yang akhir
Dia yang zahir, Dia yang batin
Yang menghidupkan, yang mematikan
Dia yang menghidupkan, yang mematikan
Dia yang hidup tanpa mati
Pada-Nya segala kebaikan
Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu
Seterusnya Nabi bersabda “ Wahai Uthman! Barang siapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:
Pertama; segala dosanya yang lalu akan diampuni
Kedua ; terlepas daripada siksaan neraka
Ketiga; dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan
Keempat; dia dikurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat
Kelima; dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a
Keenam; dia diberi pahala seperti membaca seluruh al-Qurna, Zabur, Taurat dan Injil
Ketujuh; sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga
Kelapan; dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga
Kesembilan; dia akan dimuliakan dengan mahkota kemuliaan
Kesepuluh; permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.
Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”
Sekian sahaja perkongsian kali ini..silalah rujuk buku tersebut untuk keterangan lanjut dan bertanya kepada guru yang arif...
1 comment:
baik
Post a Comment