Wednesday, February 29, 2012

Sengsaranya Penyakit Gout

Assalamualaikum wbt.
Anda pernah mengidap penyakit gout? Jika pernah, cuba ceritakan kepada orang lain? Sudah tentu tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan betapa peritnya penyakit manja dan mewah ini? Kata orang, penyakit gout ialah penyakit orang kaya.

Bukan hendak mereka-reka cerita....sebab saya pun pernah diserang penyakit gout ini. Fuhhh sakitnya hanya Allah Taala sahaja yang tahu.

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.

Apa sebenarnya penyakit gout?
Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Sendi kaki bengkak angkara gout..sakit tak?

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebenarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.
bersambung dalam tulisan akan datang..

Monday, February 27, 2012

RAHSIA MENGAPA PENYAKIT SUKAR UNTUK SEMBUH .

Assalamu’alaikum wwt..
Bersua kembali dalam tulisan blog saya pada kali ini. Mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah
Seringkali kita terdengar atau melihat seseorang yang terkena musibah penyakit yang agar sukar untuk disembuhkan walaupun sudah puas berikhtiar berubat ke sana dan ke mari. Di bawa ke hospital sudah, di bawa berjumpa bomoh pun sudah malah berjumpa perawat dari kalangan perawat Islam juga sudah, namun penyakit yang dideritai masih belum sembuh. 
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....merupakan salah satu peribahasa Melayu yang paling tepat untuk menggambarkan penderitaan insan tersebut..

Gambar hiasan: keadaan pesakit yang terlantar kesakitan


Pernahkah kita berfikir mengapakah  penyakit tersebut tidak juga sembuh..apakah sebabnya?
Menurut  guru saya ,Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin  Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi, antara penyebab penyakit tersebut payah untuk disembuhkan mungkin berpunca daripada 5 sebab yang berikut:
1.      Kenaikan maqam seseorang
Apabila Allah SWT menyayangi seseorang hamba dan ingin meninggikan maqam atau darjat di sisi-Nya, maka hama itu diuji dengan penyakit yang berat. Oleh itu bersabarlah dengan cubaan yang menimpa dan jangan berkeluh kesah.

2.      Penyakit sebagai  kafarah 
Penyakit yang menimpa seseorang itu mungkin juga sebagai kifarah atau penebus dosa silam seseorang itu. Maka terlantarlah hamba tersebut bersama penyakitnya. Mungkin dengan penyakit tersebut dapat membasuh dosa-dosa yang lalu, lalu meningkat naik darjat seseorang itu. Jika hamba tersebut bersabar dengan penyakitnya dan redha dengan kehendak-Nya, maka beruntunglah nasibnya di dunia dan di akhirat.

3.      Penyakit untuk menghancurkan golongan zalim
Kadang-kadang penyakit yang diturunkan oleh Allah adalah sebagai satu balasan untuk menghancurkan orang-orang yang berbuat zalim ke atas dirinya dan kepada orang lain. Lihat sahaja penghidap penyakit AIDS..dari kaca mata Islam, AIDS bukanlah satu perkara yang pelik kerana nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “ Apabila terjadi perzinaan secara terang-terangan kepada suatu kaum, maka mereka akan diserang oleh satu penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka sebelum mereka.” (Riwayat al-Baihaqi). AIDS juga menular akibat hubungan songsang seks sejenis dan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan..

4.      Penyakit akibat tidak menunaikan nazar kepada Allah
Apabila seseorang itu bernazar jika berjaya mendapatkan sesuatu atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan urusan hidup, maka wajib ditunaikan nazar tersebut apabila tiba masanya. Perkara nazar iaitu mengerjakan sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariat Islam jangan dibuat main-main atau bersikap sambil lewa sahaja, kelak memakan diri. Ini kerana kita telah berjanji dengan Allah yang telah menunaikan hajat kita. Maka tidak mustahil, jika nazar ini tidak ditunaikan, Allah akan menimpakan penyakit kepada orang yang bernazar tadi. Berubatlah kemana sahaja, pasti tidak akan sembuh....melainkan nazar tersebut dilaksanakan.

5.      Penyakit berpunca daripada derhaka
Banyak penyakit yang tidak dapat disembuhkan akibat sikap seseorang yang menderhaka. Perkara menderhaka ini telah banyak kita dengar dan lihat. Ada anak  yang menderha kepada kedua orang tuanya, ada isteri yang menderhaka kepada suami dan sebagainya. Aliah  paling murka kepada perbuatan derhaka ini, lantaran itu tidak mustahil penyakit berat yang sukar disembuhkan akan menimpa. Kesembuhan penyakit tersebut hanya melalui restu dan ampun daripada orang tersebut. Ingatlah..redha Allah bergantung kepada redha ibu bapanya atau isteri mendapat redha Allah melalui redha suami.

Oleh itu, marilah kita memeriksa akan punca penyakit yang kita deritai...adakah berpunca daripada 5 sebab di atas?..
Marilah kita sentiasa berbuat kebaikan untuk mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat.
Sekian, jumpa lagi.

Saturday, February 18, 2012

Anak Kunci Gedung Khazanah Langit dan Bumi

Salam hormat buat pembaca yang setia mengikuti blog saya..
Tulisan kali ini membawa kita kepada satu dimensi amalan yang menarik untuk kita sama-sama kongsi dan amalkan ...insyaAllah.
Tajuk  artikel ini dipetik dari buku ‘Kitab Ilmu Perubatan Kesufian’ karangan Sheikh Hakim Moinuddin Chisti (halaman 163)....sila baca seterusnya.
Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan di sini, yang digelar ‘Maqalad as-Samawi wal-Ard’ yang bererti  “kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi”.
Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit iaitu mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan – faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja tetapi  juga penyakit yang lain, seperti tersebut dalam hadis.
Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Affan telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran). Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya”.
Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi  itu adalah seperti berikut:

La ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar,Wa subhanallah,  wal hamdulillahi, wastaghfirullah, allazi laa illaha ilahhu, wal awwallu wal akhiru, waa zahiru wal baatinu, yuhyi wayumiit, wahuwa hayyu laa yamutu biyadihil kahirul, wa huwa ‘ala kullisyai’in qadir

Ertinya:
Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah yang Besar Maha Suci Engkau
Segala puji bagi Allah
Aku memohon ampn kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia yang awal, Dia yang akhir
Dia yang zahir, Dia yang batin
Yang menghidupkan, yang mematikan
Dia yang menghidupkan, yang mematikan
Dia yang hidup tanpa mati
Pada-Nya segala kebaikan
Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu

Seterusnya Nabi bersabda “ Wahai Uthman! Barang siapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:
Pertama; segala dosanya yang lalu akan diampuni
Kedua ; terlepas daripada siksaan neraka
Ketiga; dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan
Keempat; dia dikurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat
Kelima; dia mendapat pahala seperti orang yang  membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a
Keenam; dia diberi pahala seperti membaca seluruh al-Qurna, Zabur, Taurat dan Injil
Ketujuh; sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga
Kelapan; dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga
Kesembilan; dia akan dimuliakan dengan mahkota kemuliaan
Kesepuluh; permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”

Sekian sahaja perkongsian  kali ini..silalah rujuk buku tersebut untuk keterangan lanjut dan bertanya kepada guru yang arif...

Thursday, February 16, 2012

Hikmah Ayat Kursi

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah.  Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya. Rasulullah s.a.w segera memerintah kepada penulis al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya. Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat. Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.


Antara Khasiat Ayat Kursi:
·         Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

·         Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

·         Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

·         Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

·         Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

·         Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

·         Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

·         Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

·         Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

·         Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).

Sila pastikan niat dan bacaan anda betul...
Sila rujuk guru terlebih dahulu.
sumber:

Wednesday, February 15, 2012

Hikmah Doa Penahan (2)

Saudara pembaca yang budiman.
Tulisan kali ini diterbitkan atas permintaan seorang pemuda yang menelefon saya dari Selangor bertanyakan tentang doa penahan.  Beliau telah menghidap penyakit lemah pundi kencing atau tidak dapat mengawal kencing selama 10 tahun.  Beliau turut meminta dituliskan doa tersebut dalam tulisan rumi kerana lemah dalam tulisan jawi.
Sebenarnya catatan mengenai doa penahan ini telahpun saya terbitkan pada 31 Oktober,2011 bertajuk Hikmah Doa Penahan.
Mudah-mudahan tulisan ini boleh dijadikan ikhtiar merawat penyakit beliau dan juga kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah SWT.

Doa Penahan:



Doa no 2: tabbat ya da abii lahabin watab
Doa no.3 : wassyam sutajri limus taqarri laha
Doa no.4 : ya ardhub la’i maa aki wa ya samaa’ u’akli’i.

Kaedah perawatan:
·         Baca selepas setiap kali solat. Sediakan air berdekatan untuk mudah ditiup selepas membaca amalan ini.
·         Apabila membaca ayat no. 2, 3, dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit, tarik dan tahan nafas selama 5 saat kemudian hembus ke dalam air. Air digunakan untuk minum. InsyaAllah
Doa ini boleh juga boleh digunakan untuk menahan darah akibat luka, muntah yang tidak berhenti dan sebagainya. InsyaAllah, amalkan dengan yakin semoga mujarab. Kita hanya berusaha. Setelah berusaha, serahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t.

Sekian...jumpa lagi. assalamu'alaikum.

Monday, February 13, 2012

Bantuan Kecemasan Untuk Pesakit Stroke / Angin Ahmar

Berapa ramai penghidap penyakit stroke/angin ahmar yang terlantar menderita tidak bermaya. Hanya mengharapkan belas ihsan anak isteri atau saudara mara untuk menguruskan keperluan hariannya.

Tetapi....tahukah anda bahawa penyakit stroke boleh dirawat pada peringkat awal serangannya. Bagaimana caranya...bacalah artikel ini seterusnya.

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.

Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Kaedah ini amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.


cucuk kesemua hujung jari mangsa tangan mangsa stroke kira-kira 1 mm

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat,segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.


Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.Beberapa minit kemudian , Insya Allah, mangsa akan sedar semula.Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.

Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.

”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doktor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.”

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.

Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar. Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG
BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

sumber:

Sunday, February 12, 2012

Penyakit Stroke /Angin Ahmar Menurut Perspketif Islam

Stroke angkara jin
Tahukah anda bahawa penyakit "Stroke" adalah berpunca dari JIN?

Apa ni, sikit-sikit jin...sikit-sikit jin....sekarang ni kan zaman moden, mana ada jin? Mungkin itulah persoalan yang ada dalam fikiran anda ketika ini..

 Perkataan Stroke diperolehi dari bahasa Inggeris yang bermaksud penyakit lumpuh atau Angin Ahmar di dalam bahasa Arab. Penyakit ini adalah angkara jahat perbuatan makhluk halus iaitu jin dan syaitan yang akan menyelinap masuk ke dalam rongga, darah dan urat saraf manusia.

Bahana Stroke
Stroke atau angin ahmar adalah suatu penyakit yang amat digeruni kerana ia boleh menyebabkan lumpuh atau maut dalam tempoh yang sekejap, dan hampir tidak disangka-sangka datangnya. Strok terjadi apabila salur darah di otak pecah selepas ia tersumbat. Pengumpulan mendakan lemak, kolesterol, kalsium dan bahan-bahan lain dalam arteri menyempitkan saluran darah yang menyebabkan tekanan darah terlalu tinggi, dan akhirnya arteri ini pecah. Tanpa rawatan segera ia boleh menyebabkan lumpuh, mati sebelah badan atau kematian terus.


salur darah tersumbat di otak menyebabkan stroke


Namun, terdapat tanda atau simptom yang jelas seseorang itu mendapat stroke, seperti tiba-tiba merasa kebas atau lemah sebelah badan, biasanya tangan dan lengan, badan tidak seimbang, tidak boleh bercakap dengan betul, mulut atau pipi menjadi herot, dan lain-lain lagi

Kebiasaan penyakit ini menyerang seseorang yang lanjut usia umurnya dan sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, darah tinggi, darah pekat (polisitemia) dan sakit jantung.

Pelbagai kaedah rawatan dianjurkan oleh perubatan moden dan pelbagai alternatif yang lain seperti urutan, kawalan pengambilan makanan, tips cara hidup yang sihat serta pelbagai ubat-ubatan untuk mengubati penyakit ini. Namun begitu, dalam perubatan islam mempunyai perspektif dan kaedah rawatannya yang tersendiri bagi menangani masalah ini.


Sejarah Rihul Ahmar
Pada suatu ketika cucunda Nabi Muhammad S.A.W telah menghidap penyakit rongga sehingga menyebabkan darah keluar daripada mulutnya. Para sahabat dan Rasulullah S.A.W sendiri telah mendengar tentang penyakit yang sedang dideritai oleh al-Hassan. Tiba-tiba malaikat Jibril A.S datang menemui baginda memberitahu yang cucunda baginda terkena Rihul Ahmar.

Baginda bertanya;

" Wahai saudaraku JIbril, adakah ubat untuknya?"
"Ada!" Jawab Jibril

Malaikat JIbril pon menghilangkan diri sebentar. Kemudian ia muncul dan berkata.

"Bahawasanya Allah S.W.T telah mengurniakan kepada Tuan satu hadiah doa Mustajab. Barangsiapa membacanya biarpun sekali seumur hidupnya, nescaya dia terselamat daripada Rihul Ahmar"

Baginda Rasulullah S.A.W telah membaca doa tadi untuk cucunnya Hassan . Berkat rahmat dan kehendak dari Allah SWT Hassan pun sembuh ketika itu juga dan bangun dalam keadaan sihat.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabat agar mempelajari doa tersebut dan mengajarnya pada umatnya agar doa itu dapat memberi manfaat kepada mereka, memelihara diri daripada terkena penyakit Rihul Ahmar ini.

Sejarah Rihul Ahmar ini sebenarnya lebih awal daripada itu. Peristiwa kemunculan Rihul Ahmar yang hakikatnya adalah sejenis JIN berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman A.S lagi.

Ketika semua makhluk termasuk binatang dan segala jenis JIn tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S, muncullah seekor JIN yang bernama "Rihul Ahmar" yang enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Besarnya seumpama saiz sebatang pokok. Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman A.S;

"Siapa kamu?"

Maka dijawab olehnya; "Saya adalah Rihul Ahmar"

Tanpa mahu tunduk tanda hormat, kemudian ia pun terus menghilangkan dirinya kerana enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Ia muncul kembali pada zaman Rasulullah S.A.W apabila menyerang Saidina Hassan R.A seperti yang diceritakan tadi.

Wallahu 'Alam.

Friday, February 10, 2012

Ciri-ciri Ajaran Sesat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyenaraikan ciri-ciri ajaran sesat dan penjelasannya di dalam buku Penjelasan Terhadap 58 Ciri-ciri Ajaran Sesat Di Malaysia, yang ditulis oleh Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus. Di dalamnya juga dimuatkan sebanyak 7 kriteria-kriteria ajaran sesat dan 58 ciri-ciri yang dijelaskan.
Garisan-garisan tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama, Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura dan dinyatakan di dalam buku, Kriteria-kriteria Ajaran Sesat BAHEIS JPM 1994.

Antara kriteria-kriteria ajaran sesat ialah :

Pertama
Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara bertentangan dan tidak selaras dengan akidah Ahli Sunnah Wa al Jamaah, seperti mempercayai kitab lain yang mampu menyaingi dan memansuhkan al Quran, mempercayai terdapat kiblat selain dari Kaabah dan seumpamanya.

Kedua
Mempertikai kebenaran al Quran atau Hadith Nabi SAW yang telah diakui keshahihannya oleh ulama’ Hadith.

Ketiga
Mana-mana ketua atau ahlinya yang mendakwa dirinya adalah nabi terakhir, Nabi Isa AS, Imam Mahdi al Muntazar atau seumpamanya.

Keempat
Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai sebuah agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada semua manusia.

Kelima
Pendewaan diri, pemimpin atau mana-mana individu dalam kumpulan tersebut, secara bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wa Al Jamaah. Contohnya mendakwa (secara pasti) bahawa diri atau gurunya sebagai ahli Syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain seperti boleh bekahwin lebih daripada empat dan sebagainya.

Keenam
Mengadakan bid’ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang telah ditetapkan dengan dalil Qath’ie yang tidak boleh dipertikaikan. Contohnya menghapuskan kewajipan berjihad, Solat Jumaat, puasa di Bulan Ramadhan, haji di Mekah dan seumpamanya.

Ketujuh
Mentafsir, menghuraikan al Quran atau Hadith Nabi SAW mengikut sesuka hati.

Kriteria-kriteria ini jelas menampakkan kepada kita, bahawa Islam meletakkan sempadan-sempadan. Namun akhir-akhir ini, sempadan-sempadan tersebut telah dilanggar dan ditokok tambah sehingga menyesatkan manusia. Golongan ini sering mendakwa bahawa merekalah yang membawa kepada kebenaran sedangkan mereka jauh tersimpang dari kebenaran.

Selain itu, buku tersebut juga telah menyenaraikan sebanyak 58 ciri-ciri khusus Ajaran Sesat, iaitu :
1. Mempercayai bahawa semua agama adalah sama
2. Mempercayai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang
3. Memansuhkan syariat Islam dan membuat syariat baru
4. Guru membuat pengakuan memegang kunci syurga
5. Mengaku Allah SWT menjelma dalam diri guru atau seseorang
6. Mempercayai bahawa makhluk-makhluk seperti kayu, batu atau lain-lain, memiliki kuasa mutlak
7. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT
8. Menghalalkan nikah adik beradik
9. Meminta pertolongan terus daripada orang yang telah mati (bukan bertawassul)
10. Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat
11. Mempercayai kebangkitan nabi lain selepas Nabi Muhammad SAW
12. Mempercayai wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW
13. Mengaku dirinya sebagai Nabi Isa AS
14. Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat
15. Mempercayai roh orang mati boleh memberi pertolongan apabila namanya diseru
16. Guru mengaku Imam Mahdi dan muridnya yang terkanan ialah Nabi Isa AS
17. Perbuatan zina, judi, minum arak dan segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru khalifah terkatnya dan menjamin akan mendapat keampunan Allah SWT ke atas dosa pengikutnya
18. Amalan Haji tidak semestinya di Mekah, bahkan di tempat selain daripadanya juga dibolehkan
19. Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat
20. Mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib dan mampu menilik nasib seseorang
21. Islam seseorang tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya
22. Semua manusia melihat Allah SWT di dunia ini
23. Ajaran hendaklah dirahsiakan oleh pengikut, dan sekiranya mereka membocorkannya akan ditimpa bala
24. Guru atau murid membuat pengakuan menerima wahyu
25. Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil Nabi, dan mampu memberi syafaat kepada muridnya
26. Mengaku diri atau gurunya ma’sum (tiada dosa)
27. Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup
28. Boleh memanggil roh orang mati (tahdhir al arwah) dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir
29. Boleh meramal kedatangan Imam Mahdi dan Hari Kiamat
30. Mempercayai bahawa orang tertentu ghaib (tidak mati) dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi
31. Pengikut tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan pengikut ajaran tersebut
32. Murid-murid tidak dibenarkan mengahwini janda gurunya
33. Huruf-huruf dalam perkataan tertentu mempunyai lambangnya tersendiri
34. Al Quran mempunyai makna batin, yang berbeza (menyalahi) dengan maknanya yang zahir
35. Islam itu ada zahir dan batinnya. Batinnya ialah isi, setelah sudah memperolehi isinya, kulit tidak lagi berguna
36. Mendakwa dengan melalui tarekatnya, Allah SWT akan menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Adam AS, turun temurun ke dalam badan semua nabi dan seterusnya ke dalam badan-badan imam (syiah) atau guru-guru, berterusan sehingga tidak berakhir
37. Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat-sahabat Nabi SAW
38. Nikah menurut syariat hanyalah adat, oleh itu ia perlu bernikah sekali lagi yang dinamakan sebagai nikah batin
39. Ibadah Solat sudah memadai dengan niat semata-mata (lintasan hati)
40. Penyerahan rohani/jasmani kepada guru melalui nikah secara batin
41. Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, isteri, anak dan harta benda kepada gurunya
42. Amalan seperti zikir mampu menangguhkan tarikh Hari Kiamat
43. Sesiapa yang mengikut tarekatnya sahaja dibolehkan masuk ke Syurga
44. Mempercayai bahawa bacaan seseorang guru itu kepada sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain-lain berkuasa memberi kesan baik atau buruk
45. Mempercayai bahawa dirinya selaku guru dan anak muridnya sahaja yang layak mendapat pertolongan Allah SWT (ma’unah)
46. Gurunya mampu memberikan kuasa yang luar biasa kepada pengikut-pengikunya
47. Mengaku dan mempercayai seseorang tu boleh berhubung terus dengan Allah SWT melalui Nur Muhammad SAW yang berada di dalam dirinya
48. Guru mendakwa bahawa tugas-tugas para Rasul diamanahkan kepadanya
49. Bersemadi di tempat-tempat gelap memusatkan kepada satu-satu hajat yang bukan dari ajaran Islam
50. Sebelum pergi menunaikan haji ke Mekah, dikehendaki bersuluk terlebih dahulu di Panca Budi di Medan atau memadai di Medan sahaja
51. Mendakwa sebagai wali sedangkan bergelumang dengan maksiat
52. Murid-muridnya tidak dibenarkan mengahwini mana-mana wanita yang diminati oleh gurunya
53. Meninggalkan Solat Jumaat kerana bersuluk
54. Mengagung-agungkan Yahudi dan keturunannya sebagai kerabat dan perlu dicontohi
55. Murid-murid dilarang berbincang sesama mereka jika terdapat kemusykilan, tetapi hendaklah dirujuk kepada guru
56. Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diambil terus daripada Rasulullah SAW dalam keadaan berjaga yang bertentangan dengan syara’
57. Mengikut secara membuta tuli ajaran gurunya, walaupun gurunya melakukan kesalahan dan dosa
58. Pengikut-pengikut lelaki atau perempuan dikehendaki melalui ujian yang dijalankan oleh gurunya di dalam sebuah bilik khas dan bersumpah tidak akan membocorkan apa yang terjadi di dalam bilik tersebut

Inilah dunia hari ini yang semakin menuju ke gerbang kiamat, segala yang dinyatakan oleh Nabi SAW semakin hari semakin terpapar di skrin mata manusia. Masihkah kita leka dengan kehidupan yang akan habis ini? Bagaimanakah keadaan sekeliling kita yang sentiasa menumbuhkan pemikiran-pemikiran sesat? Inilah tanda-tanda kiamat.


Penulis asal artikel ini:
Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Tahun 4, Kuliah Usuluddin,
Jabatan Akidah dan Falsafah,
Universiti al Azhar, Kaherah

Wednesday, February 8, 2012

TALASEMIA: Penyakit Genetik Yang Membawa Maut

Bismillahirrahmanirrahim.
Tujuan saya memaparkan artikel berkenaan penyakit talasemia ini bukanlah bermakna saya tergolong dalam kalangan yang pakar dalam bidang perawatan penyakit ini. Tetapi saya memegang konsep, setiap penyakit memang ada ubatnya, kecuali mati.
Tidak salah berikhtiar mencari penawar merawat dan menyembuhkan penyakit talasmia baik dalam rawatan moden mahupun dalam rawatan Islam. Kita memegang konsep: Allah yang mendatangkan penyakit...Allah jua yang menyembuhkan penyakit dan hanya Dia sahaja yang menentukan...tiada daya dan upaya kita, melainkan daya dan upaya Allah belaka.
Tambahan pula saya ingin berkongsi kaedah rawatan penyakit ini ekoran saya menerima satu panggilan telefon daripada hamba Allah yang berada di Sarawak bertanyakan doa apa yang perlu dibaca untuk merawat penyakit talasmia..Buntu juga pada mulanya untuk memberi doa /ayat yang perlu diamalkan, lalu saya berjanji akan memaparkan dalam blog ini...mudah-mudahan dapat dikongsi oleh ramai orang..InsyaAllah.

Sedikit info tentang penyakit talasemia
Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.
Bagaimana Talasemia merebak?  Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.
Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak  dari umur 3-18 bulan.Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.
Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah  sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan  dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.

Pencegahan Awal:
Walaubagaimanapun, terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.  Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.

Ikhtiar rawatan melalui doa dan munajat
Andainya kita terkena penyakit talasemia (minor/major), insyaAllah, yakinlah bahawa al-Quran itu merupakan penyembuh yang paling mujarab berdasarkan ayat al Quran surah al Isra (82)

Kaedahnya:
1.    Sediakan sebotol air untuk didoakan.
2.    Mulakan dengan lafaz dua kalimah syahadah 3x, selawat 3x
3.    Tafakur sejenak lalu berniat dalam hati mohon Allah beri kesembuhan akan penyakit yang dideritai (talasemia dll.)...nyatakan kita ini hambaNya yang lemah hanya sekadar berusaha dan berikhtiar sahaja..Allah jua yang menyembuhkannya
4.    Kemudian bacalah doa..Antara doa/ayat yang disarankan:
a.    Surah al Fatehah sebanyak 7x
b.    Selawat Syifa sebanyak 7x
c.    Selawat Tafrijiyyah sebanyak 7x
d.    Fatehah 1x
e.    Doa 7 Syifa  7 x

Isyaallah..amalkan selalu untuk merawat penyakit yang sukar diubati.
Sekian.untuk perkongsian kali ini. bukanlah tujuan nak tunjuk pandai tetapi sekadar perkongsian. Jika ada komen, berilah komen yang membina..

Sumber rujukan:
          http://www.majalahsains.com/