Kebanyakkan manusia berasa takut dengan kehadiran jin, syaitan dan iblis. Hal ini tidaklah menghairankan kerana selama ini kita sering dimomokkan oleh pelbagai sumber yang menyebabkan perasaan takut terhadap makhluk halus itu tidak pernah padam. Sering kita mendengar orang tua-tua yang menyemai perasaan takut akan hantu kepada anak-anak yang bertujuan mendidik kononnya. Selain itu, peranan media massa juga menambah kronik penyakit takut kepada jin ini seperti kebanjiran filem-filem atau drama mengenai jin atau syaitan ini. Nampaknya industri filem atau drama berteraskan seram (melibatkan jin dan syaitan) ini menarik minat orang ramai dan menguntungkan.
Illustrasi rupa jin atau syaitan |
Hakikat sebenarnya, jin, syaitan dan iblis itu takut kepada manusia. Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Namun begitu, kebanyakkan manusia tidak mengambil tahu perkara-perkara ini kerana mereka menyangka makhluk-makhluk ini mampu mendatangkan mudarat ataupun manfaat kepada mereka.
Manusia yang mempelajari ataupun mengetahui rahsia-rahsia alam jin seharusnya tidak perlu bimbang dengan kehadiran makhluk terkutuk itu. Syarat utama bagi mengelakkan jin, syaitan dan iblis daripada mengganggu kita adalah dengan memperteguh pegangan tauhid kepada Allah. Selain itu, kita juga perlu beramal soleh seperti menjaga solat fardhu dan sunat, berzikir / ingat Kepada Allah secara berterusan, membaca al-Quran dan sebagainya.
Manusia juga perlu sentiasa berdoa memohon perlindungan daripada Allah yang Maha Esa. Yakinlah bahawa Allah sangat berkuasa dan selalu melindungi hamba-hambanya berdasarkan ajaran Nabi Muhammad saw. Dengan adanya amalan-amalan tersebut, akan lahir cahaya atau nur kurniaan Allah dalam hati dan diri kita. Nur atau cahaya ini yang sebenarnya ditakuti oleh jin, syaitan dan iblis. Apabila ada nur maka datanglah keberanian dalam diri kita dan akan mendatangkan ketakutan kepada makluk-makhluk halus tersebut kepada kita. Semangat ataupun kekuatan minda adalah faktor penentu sama ada mudah diganggu jin ataupun tidak.
Sekiranya ada gangguan sekalipun, gangguan tersebut hanya memberi kesan yang minima ataupun tidak berkesan langsung kepada dirinya. Berbeza pula dengan orang yang lemah semangat atau tiada pendinding diri. Mereka mudah terkena gangguan jin, syaitan dan iblis. Dalam kebanyakkan kes, mereka yang terkena gangguan seperti terlihat hantu ataupun terdengar bisikan ataupun terasa seolah-olah diperhatikan. Dalam kes yang teruk pula, gangguan ini dapat membawa kepada tahap rasukan, histeria ataupun menjadi gila.
Kesimpulannya, marilah kita membina kekuatan nur hasil istiqamah beramal dengan ayat-ayat suci al-Quran. Nur itulah dinamakan warid hasil wirid yang kita amalkan. Sekali lagi, janganlah takut kepada jin, iblis dan syaitan.
Sekian, jumla lagi.
Sumber rujukan:
Perangi Sihir (Engku Ansaruddin Agus dan Dr. Mohd Azlee A. Mutalib) 2012
No comments:
Post a Comment