Assalamu’alaikum wwt.
gambar hiasan |
Dunia semakin canggih dek kerana terciptanya pelbagai alat komunikasi seperti telefon, internet dan sebagainya. Jarak yang jauh bukan lagi penghalang untuk berhubung. Hanya beberapa detik sahaja kita boleh berbicara dengan sesiapa sahaja.
Begitu juga kaedah rawatan segera boleh diikhtiarkan untuk meredakan kerasukan dan gangguan jin yang agresif mengamuk sehingga pegangan lelaki dewasa tidak mampu untuk melemahkan tenaga seorang perempuan. Saya ada pengalaman untuk dikongsikan di sini tetapi bukanlah untuk bermegah diri..
Baru-baru ini saya didatangi seorang ibu dan anaknya yang mengadu seorang menantu perempuannya yang berada di Kuala Lumpur telah mengamuk dan meronta-ronta tidak ketahuan. Ahli keluarganya yang berada di sana telah bercadang untuk membawanya pulang ke Jengka, Pahang. Pesakit tersebut dahulunya pernah saya rawat (gangguan jin) sehingga sembuh dengan izin Allah. Agaknya kerana serasi, pada kali ini mereka bercadang untuk dirawat lagi oleh saya.
Menjerit |
Pada mulanya saya diajak untuk ke Kuala Lumpur pada petang itu bagi menangani masalah tersebut. Saya agak keberatan kerana jarak yang jauh...penat juga. Akhirnya saya tergerak hati untuk merukyah pesakit yang sedang mengamuk itu melalui telefon disamping memakrifatkan mengunci gerak dari jauh. Maka, bacaan rukyah ayat-ayat suci Al-Quran saya perdengarkan kepada pesakit melalui telefon bimbit dengan penuh konsentrasi..alhamdulillah, tidak beberapa lama kemudian, pesakit telah lemah dan rebah. Jadi, dengan segera pihak keluarga pesakit di sana membawanya pulang ke Jengka.
Sesampainya pesakit di Jengka, saya diminta untuk melakukan rawatan susulan di rumah. Saya dapat merasakan ada gangguan yang bersarang di tubuhnya. Apalah kemampuan saya jika tidak dibantu oleh Allah....maka dengan penuh kerendahan hati dan pasrah kepada Allah saya merawatnya dan pesakit merasakan bahang panas yang menjalar dalam tubuhnya kesan energi hikmah ayat-ayat al-Quran yang mulia.. Alhamdulillah ada sedikit perubahan. Esoknya rawatan disambung lagi disamping membekalkan pesakit dengan amalan zikir dan benteng diri tambahan.
Mesej:
1. Ilmu Allah maha luas dan tidak terbatas. Kita manusia sebagai khalifah Allah memang diberi keistimewaan untuk menangkis ancaman jin dan syaitan asal saja ilmu dan kaedahnya kita pelajari.
2. Dalam hal tertentu, kekuatan niat dan makrifat mampu menembus jarak dan masa dan ini diakui dalam sains bahawa adanya gelombang yang mampu berhubung dengan seseorang dari jarak jauh. Tambahan pula niat tadi beserta dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang menjadi penawar dan penyembuh bagi setiap penyakit.
3. Yakinlah bahawa Allah akan menolong kita pada setiap masa dan ketika.
Sekian coretan saya pada kali ini. InsyaAllah berjumpa lagi..
No comments:
Post a Comment