Friday, April 26, 2013

BERUBAT SEKALI TERUS NAK SEMBUH...BOLEH KE?

Assalamu’alaikum
Apabila kita sakit, kita pasti akan berubat untuk mendapatkan kesembuhan.. tidak kiralah apa penyakit sekalipun sama ada penyakit jasmani ataupun penyakit rohani malah penyakit akibat gangguan jin.  Jikalau penyakit jasmani seperti demam, batuk, sakit jantung dan sebagainya, kita akan berjumpa dengan doktor. Maka kita akan diberikan ubat. Begitu juga apabila kita terkena penyakit rohani seperti kemurungan, kesedihan atau ketakutan yang melampau, kita pasti berjumpa dengan pakar kaunseling untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Tidak ketinggalan juga apabila kita terkena penyakit akibat gangguan makhluk halus seperti histeria, saka, sihir dan sebagainya, kita akan berjumpa dengan perawat Islam untuk mendapatkan penawar kesembuhan.
Tulisan kali ini berfokus kepada penyakit akibat gangguan jin (saka)
Kadangkala ada pesakit yang menderita bertahun-tahun akibat penyakit gangguan jin. Kes yang begitu ketara ialah masalah saka. Saka yang dimaksudkan ialah adanya jin yang mendampingi seseorang itu sama ada diketahui atau tidak diketahui. Maksudnya, saka tersebut diporoleh secara turun temurun akibat perjanjian nenek moyang terdahulu yang menggunakan khidmat jin untuk sesuatu hajat seperti menjaga kebun (hantu raya), menjadi bidan dan sebagainya. Dalam hal ini, kita janganlah menyalahkan tindakan datuk nenek kita terdahulu kerana hal tersebut (bersahabat dengan jin) memang ada keperluannya pada masa itu. Masalahnya...jin tersebut akan tetap berpegang teguh pada perjanjian lama untuk terus menjaga anak cucu. Andainya anak cucu tidak mahu menerima saka ini, jin ini akan mengganggu kehidupan seharian.
Ada juga saka yang diperoleh melalui menuntut ilmu yang tidak tahu asal-usul sanadnya, seperti ilmu kuat, kebal, pengasih dan sebagainya....maka sama ada disedari atau tidak disedari akan ada jin pendamping yang menunaikan hajat atau keperluan ilmu tersebut. Apabila kita kuat semasa muda, gangguan penyakit tidaklah begitu ketara...tetapi, apabila sudah tuan dan tidak berdaya, maka ketika itulah jin pendamping akan mula bertindak mengganggu kita. Ketika itulah kita akan sakit susah nak mati, nyanyuk dan sebagainya.
Nah, saudara pembaca dapat melihat realiti keadaan ini dalam masyarakat kita pada hari ini. Rasanya saya tidak perlu mengulas dengan panjang lebar lagi. Di sini saya ingin mengajak pembaca merenung akan proses penyembuhan akibat penyakit misteri ini. Ikhtiar mendapatkan rawatan daripada perawat Islam memanglah baik dan sangat digalakkan berbanding dengan mendapatkan rawatan daripada bomoh atau dukun yang besekongkol dengan amalan khurafat. Kesedaran daripada masyarakat akan kepentingan merawat masalah penyakit gangguan jin (saka) secara Islam sudah bertambah baik ekoran kesedaran beragama yang menolak amalan tahyul  dan khurafat.
Antara keratan akhbar tentang saka
Masalahnya.....
Apa yang saya ingin sampaikan ialah berkenaan dengan sekali rawatan terus nak sembuh. Bolehkah begitu? Sedangkan penyakit yang dideritai sudah lama bahkan memakan masa bertahun-tahun. Apabila mendapatkan rawatan daripada perawat Islam, harapannya menggunung tinggi bahawa perawat tersebut ada kuasa ajaib untuk menyembuhkannya dengan sekali rawatan...mana boleh begitu? Agak mustahil  untuk berlaku malainkan dengan IZIN ALLAH belaka.  Penyakit (gangguan jin) tersebut sudah mendarah daging memerlukan beberapa siri rawatan ulangan untuk sembuh sepenuhnya. Pesakit dan warisnya perlu bersabar dan sama-sama berdoa dengan perawat untuk mendpatkan kesembuhan mutlak daripada Allah. Ulangi lagi proses rawatan beberapa kali sehingga benar-benar sembuh. Bak kata pepatah, ‘penyakit datang macam ribut tetapi hendak sembuh macam semut’. Sekali lagi diingatkan agar jangan mudah berputus asa. Hakikatnya, Allah yang menurunkan penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan penyakit. Kita hanya perlu berikhtiar dan berusaha mendapatkan penawarnya. 
Sekian saja tulisan saya pada kali ini..

Tuesday, April 16, 2013

Penyakit Resdung : Kaedah Rawatan Bekam Asap (Bekam Kain Lilin)

Assalamu’alaikum..
Para pembaca yang dihormati, lewat tulisan lalu saya telah membicarakan berkenaan penyakit resdung dan kaedah rawatan melalui doa-doa pilihan yang mujarab. InsyaAllah makbul. Syaratnya kenalah IKHLAS, YAKIN dan REDHA. Dan tambah satu lagi ...BERGURU.
Dalam tulisan kali ini, saya ingin mengenegahkan salah satu kaedah rawatan yang tidak asing lagi dalam kalangan kita iaitu melalui Kaedah Rawatan Bekam Asap (Bekam Kain Lilin)
Contoh alat bekam asap (bekam kain lilin)

Kaedah Bekam Asap adalah merupakan satu kaedah yang digunakan sejak sekian lama oleh para pengamal perubatan rawatan resdung.  Sebelum saya mempelajari kaedah rawatan ini, saya sendiri kerap mendapatkan rawatan bekam asap ini ketika saya bertugas di Baling, Kedah suatu masa dahulu.
Di Darussyifa sendiri ada diajar kaedah membuat kaedah Bekam kain Lilin ini. Cara membuatnya sedikit rumit kerana memakan masa untuk menyiapkan setiap satunya. Sudah tentunya disetai bacaan doa-doa terpilih. Sebab itulah saya mengenakan sedikit bayaran atas penat lelah saya itu dan kos bahan.  Di sini saya tidak menunjukkan cara membuatnya...saudara kenalah belajar sendiri mengadap guru..betul kan.

Kebaikan Bekam Asap untuk merawat resdung

Gambar hiasan : Bekam asap

Melalui kaedah bekam asap ini wap asapnya yang panas dapat melancarkan liang rongga tersumbat serta mengeringkan jerawat dengan cepat. Tindakan ini memaksa Ulat Resdung keluar - seumpama 'vaccum cleaner' bezanya ia menolak keluar hama serta kuman (bukan sedut). Jerawat yang kemerah-merahan, akan mengecut (atau pecah kalau bernanah). Tapi kalau jerawat tu pecah tak apa, sebab ia pecah secara 'halus' - wap tersebut akan mematikan kuman yang terkeluar dan mengeringkannya dengan cepat.


Selain bidang rawatan resdung tradisional, kaedah ini  juga amat berkesan mencantikkan wajah. Seperti yang dinyatakan, bahan ini mengeluarkan wap panas yang boleh membunuh bakteria-bakteria di sekitaran wajah. Prosesnya berlaku begini:
Apabila wap panas dilalukan atau diseratakan ke  atas wajah, ia seperti memberi senaman kepada urat-uratan dalaman. Tindakan ini akan membuatkan peredaran darah aktif, seolah-olah ia dikejutkan. Mana-mana saluran yang tersekat, akan di baiki. Saluran yang tersekat, akan mengakibatkan jerawat.  Hasilnya, kulit menjadi tegang, sihat dan berseri. Untuk kulit rosak (berjerawat): inilah cara terbaik memberi senaman pada muka tanpa perlu menggunakan tangan / jari atau komponen seperti jarum yang berisiko mengakibatkan jangkitan. Kini kita  tahu bahawa kaedah bekam asap bukan semata-mata bagi merawat penyakit RESDUNG, tetapi turut sama bertindak memberikan rawatan kesegaran, kecantikan pada wajah. Bahannya tiada mengandungi apa-apa bahan kimia atau asid yang boleh memberi kesan mudarat kepada para penggunanya. Bayangkanlah kalau anda mengamalkan rawatan ini seminggu dua kali secara berterusan. Bakteria-bakteria yang ada pada wajah dapat dicuci serta dihapuskan. Malah,  turut mampu menanggalkan daki-daki di muka. Ringkasannya; kaedah ini merupakan salah satu petua awet muda terbaik yang ada.
Sekian sahaja perkongsian kaedah rawatan penyakit resdung. Jangan biarkan penyakit resdung merebak sehingga terjadinya barah. Ingat...Cegah sebelum Parah.
Ini bukan bekam asap.. Ini sedut asap

KEPADA SESIAPA YANG MEMERLUKAN RAWATAN BEKAM ASAP INI...HUBUNGI SAYA.
CAJNYA BERPATUTAN.

Monday, April 15, 2013

Derita Penyakit Resdung

Apa itu Resdung?

Gejala Penyakit Resdung

Penyakit resdung atau sinutisis merupakan sejenis penyakit yang berbahaya jika tidak dirawat dengan segera. Resdung merujuk kepada terjadinya keradangan pada rongga sinus.  Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada pada tulang muka. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalurkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan berkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman.



Lazimnya pesakit resdung akan mengalami simptom gatal-gatal di bahagian muka dan hidung. Mereka berasa seolah-olah ada benda halus merayap-rayap di bahagian tersebut. Penyakit resdung adalah disebabkan sejenis virus atau kuman yang begitu halus berupa hama. Kuman Inilah yang menyebabkan kita berasa seperti ada benda yang merayap-rayap di bahagian muka dan hidung.
Tanda-Tanda Penghidap Resdung:
·         Hidung tersumbat dan berbau busuk
·         Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
·         Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
·         Kerap bersin terutama di waktu pagi
·         Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
·         Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
·         Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
·         Kerap sakit kepala atau migrain

Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.
Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik. Oleh itu bertindaklah segera, cegah sebelum parah dapatkan rawatan anda sekarang.

Kaedah dan Rawatan Penyakit Resdung
Dalam perubatan alopati, beberapa kaedah rawatan dan pengesanan sering dilakukan seperti pengambilan ubat anti alahan dan antibiotik, melakukan terapi nyahsensitif, pembedahan membesarkan rongga hidung, radioterapi dan menyedut wap air panas bercampur mentol. 
Dalam rawatan Islam, rawatan menerusi doa, bekam menggunakan kain lilin dan pemgambilan herba boleh dilakukan. Saya berpendapat bahawa kuman atau virus resdung ini berpunca daripada angkas jin/syaitan yang suka menyakitkan manusia.  Sifatnya yang seni iaitu boleh berjalan di dalam aliran darah memudahkannya merebak. Oleh itu kombinasi ayat-ayat suci al-Quran merupakan penawar yang paling ampuh untuk membunuh kuman resdung tersebut.
Untuk rawatan penyakit resdung, kombinasi doa berikut boleh dibaca;
1.      Penawar Seibu Guna (Surah al-Fatihah)



2.      Selawat Syifa’



3.      Selawat Tafrijiyyah



4.      Baca Doa Penghilang Kesakitan sambil tangan kanan memegang hidung


5.      Baca 7 kali ayat berikut sambil tangan kanan memegang hidung (Surah al-Isra' ayat 82)

   Untuk rawatan terlebih baik  saya biasanya menggunkan bahan rawatan yang dinamaka bekamasap atau bekam kain lilin.  Di sini saya tidak dapat menulis mengenai cara membuat bekam kain lilin tersebut.. kaedah bekam kain lilin ini sangat berkesan untuk mengeluarkan kuman atau hama resdung... insyaAllah akan bersambung nanti.