Wednesday, September 28, 2011

Hikmah Ayat Pemecah

Salam hormat dan salam persaudaraan,

Apabila berdepan dengan pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit, lazimnya sebagai perawat Islam yang bergantung harap sepenuhnya kepada Allah, penggunaan ayat-ayat tertentu yang bersesuaian dengan penyakit akan digunakan.

Bagi pengamal perubatan Islam, sebenarnya apa jua ayat boleh digunakan kerana al-Quran itu sebenarnya merupakan syifa' atau penyembuh. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 82 :

Terjemahann.: "Dan Kami turunkan dari al-Quran (ayat-ayat suci) yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."

Namun dalam beberapa kes tertentu,ada kaedah dan ada ayat yang mujarab jika digunakan,

Tulisan kali ini akan membicarakan satu kaedah / doa yang dinamakan Ayat Pemecah.

.....................................................................................................................................

Menurut guru saya iaitu Ustaz Haron Din, empat ayat terakhir surah al Hasyr (ayat 21 hingga ayat 24)  dinamakan sebagai Ayat Pemecah.


Surah a-Hasyr (ayat 21 - 24)


Sifat pemecah itu dirujuk kepada ayat 21 yang bermaksud:

"Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu tunduk terpecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya"


Imam Al-Alusi menyatakan bahawa ayat ini merupakan perumpamaan Allah SWT terhadap keagungan al-Quran iaitu gunung yang dilihat begitu gagah tidak mampu menanggung  dan akan terpecah belah jika diturunkan al-Quran kepadanya. Ini sudah cukup memberi peringatan kepada manusia yang hatinya keras tidak mahu tunduk dan khusyuk dalam menerima kebenaran al-Quran. Allah SWT seterusnya membuktikan kebesarannya dengan menyebut beberapa nama-Nya yang merupakan al-Asma' al-Husna.

Insya-Allah, melalui hikmah ayat tersebut...dapat dan sesuai digunakan bagi memecahkan sesuatu yang keras sama ada berbentuk jasmani seperti bisul, bengkak, barah, kanser dan sebagainya atau berbentuk rohani seperti kekerasan jiwa, degil, kebuntuan masalah, gangguan makhluk halus dan sebagainya.

Sebagai satu contoh (bukan membangga diri), sebelum saya berguru dengan Ustaz Haron Din, saya telahpun mewiridkan ayat ini berpandukan pembacaan dari buku. Satu ketika, anak abang ipar saya yang tinggal di Kuala Lumpur telah terkena bisul dan mungkin dibedah. Isteri abang ipar saya telah menelefon saya bertanyakan ikhtiar untuk merawat bisul tersebut. Lantas saya menyuruhnya membaca ayat pemecah tersebut sambil meniupkan pada bisul tersebut. Dengan izin Allah, pada keesokan harinya seperti 'magik', bisul tersebut telah surut dan sembuh..Ini menguatkan lagi keyakinan saya akan kekuasaaan Allah..

Pengajaran :

1.  Gunakan kombinasi ayat yang sesuai bagi sesuatu penyakit. Jangan pula pada kes merawat bisul, kita baca ayat pengasih pula...kan tak kena tu

2.  Belajar sesuatu ilmu biarlah berguru, agar ilmu tersebut menjadi sempurna.  Maklumat daripada buku boleh diambil  sebagai penambah keterangan.

3.  Yang paling penting, mesti Ikhlas, Yakin dan  Redha kepada Allah...

Sekian, semoga berjumpa lagi.

Monday, September 26, 2011

Tolong tengokkan....

Salam sejahtera...

Sering kali apabila merawat penyakit biasa atau pun misteri, ungkapan seperti "tolong tengokkan sakit saya ni" atau "ada berapa jin dalam badan saya ni" dan sebagainya..

Alahai....dalam bab menjawab soalan seperti ini agak serba salah untuk saya menjelaskannya. Soalan seperti ini layak diajukan kepada bomoh yang bersahabat dengan jin saja, kerana mereka mendapat perkhabaran segera.

Saya tidak berani untuk menjawab dan melayan pertanyaan sebegini kerana saya sendiri pun tidak tahu dengan lebih tepat. Kalau saya tahu sekali pun, saya tidak akan menjawab soalan tersebut kerana akan merumitkan keadaan.

Pesakit sebenarnya perlu diberi motivasi dan nasihat yang membina keyakinan mutlak kepada Allah sahaja. Ini kerana apa sahaja jawapan yang keluar dari mulut perawat (khususnya perawat Islam), pesakit akan meyakini dan mempercayai.

Apa akan jadi pada emosi dan pemikiran pesakit jika kita 'scan' dan mengatakan "dalam badan awak ni ada lima ekor jin tapi saya dah buang empat ekor, tinggal satu lagi yang degil" . Sudah tentu jawapan ini akan meresahkan dan membebankan lagi pesakit. Satu hal lagi dalam bab menarik jin dan dimasukkan ke dalam botol. Selepas itu diperlihatkan pula wajah jin tersebut yang terperangkap di dalam botol tersebut. Tak ke haru jadinya....

Inilah jadinya apabila perawat tidak mendapat kursus dan kefahaman yang tepat akan peranan rawatan secara Islam. Orang merawat dia pun  nak merawat, tapi asas merawat tidak difahami dengan sepenuhnya.

Jadi, perbetulkan niat dan perbanyakkan ilmu  dalam berbakti kepada masyarakat. Ini kerana perawat Islam merupakan kerja fardhu kifayah dalam masyarakat. Sekian...

Komentar:

Belajar sampai pandai, tapi jangan tunjuk pandai.
Belajar ilmu guru, tapi bukan nak jadi guru.

Wednesday, September 21, 2011

Kena berkeras rupanya...

Salam hormat kepada pembaca sekalian,

Bukan mudah rupanya menangani kes kerasukan, lebih-lebih lagi makhluk halus (jin) yang sudah bersarang sekian lama dalam tubuh seseorang. Lebih-lebih lagi yang bertindak agresif. Baru-baru ini, saya diminta membantu menangani kes kerasukan seorang pelajar perempuan di UiTM Jengka.

Bersama seorang ustaz UiTM, saya bergerak ke asrama pelajar tersebut pada pukul 10 malam dan mendapati pelajar tersebut terbaring sambil dipegang oleh beberapa orang rakannya. Seperti biasa saya  meruqyah sambil tangan kanan memegang kepala pesakit, namun reaksi sinis diberikan. Bacaan saya kerap tersasul dek kerana 'dialog merapu' pesakit tersebut. Nampaknya tak boleh jadi ni....kena ubah teknik.

Saya mula mengubah teknik dengan membuat pukulan menggunakan serban sambil membaca ayat azab dan bertakbir berulang kali. Kali ini ternyata jin tersebut merasakan pukulan dan kesakitan...akhirnya mengalah dan meminta saya memandunya keluar. Sebelum keluar, saya minta jin tersebut berjanji dengan nama Allah agar tidak lagi mengggangu pelajar tersebut dan kepada manusia lain.  Alhamdulillah selesai

Kes seperti ini kepada perawat lama (otai), memang dah biasa tetapi bagi saya, inilah yang agak mencabar sedikit...

Pengajaran: 

1. Kita hendaklah selalu meletakkan pergantungan usaha dan ikhtiar hanya kepada Allah semata-mata. Segala gerak digerakkan oleh DIA belaka. Penyembuhan mutlah hanya milik Allah..Jangan  sedikitpun mengaku "aku dah berjaya ubatkan pesakit"

2. Kerja jin @ syaitan hanya hendak menyusah dan menyesatkan anak Adam. Kalau 'dia' suka sekalipun kepada manusia, dia  tiada hak untuk mendiami jasad anak Adam.

3.  Manusia haruslah selalu mempersiapkan diri dengan amalan dan doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk membenteng diri dari diperkudakan oleh makhluk halus jin @ syaitan.

Sekian.