Monday, July 30, 2012

Bagaimana Untuk Wusul (sampai) kepada Allah?

Assalamu’alaikum wwt..
Antara hamba dengan Tuhan sebenarnya tiada tembok pemisah yang nyata. Ibarat Bersatu bukan Satu dan Berpisah bukan Dua.  Tembok yang dilihat sebenarnya tidak wujud...hanya sangkaan kita semata-mata.
Bagaimamanakah caranya untuk kita wusul kepada Allah dan bagaimana hakikat wusul tersebut?
Martabat wusul (sampai kepada Allah) sebenarnya ada TIGA jalan iaitu:
1.      Islam   dinamakan Syariat  (zahir)
2.      Iman dinamakan Thorekat (batin @ hati)
3.      Ihsan dinamakan Hakikat ( hanya Allah yang dipandang semata-mata)
Penjelasan:
·         Apabila seseorang hamba Allah, jika kekal ia sibuk dengan ibadah sendirinya>>> ia berada dalam maqam Islam atau maqam Syariat.
·         Apabila amal itu berpindah kepada Hati dengan kebersihan dan tiada kejahatan iaitu hanya berisi kebajikan sempurna ikhlas kepada Allah>>>> ia berada pada maqam Iman atau maqam Thorekat.
·         Apabila manusia itu sampai kepada martabat ibadah untuk Allah semata-mata seakan-akan Allah melihatnya>>> ia berada pada maqam Ihsan atau maqam Hakikat.
Dalam ertikata yang lain dapat dikatakan:
·         Syariat : Kamu sembah Allah
·         Thorekat : kamu menuju kepada Allah
·         Hakikat : kamu bermusyahadah benar-benar menyaksikan Allah Yang Maha Pencipta
Kata Imam Al-Ghazali:
“Syariat tanpa Hakikat itu Fasik dan Hakikat tanpa Syariat itu kafir zindik”
·         Oleh itu orang yang melakukan syariat dan mengamalkan Tasawwuf dinamakan Ahli Hakikat yang sebenarnya.
·         Tujuan Tasawwuf ialah untuk membersihkan Batin(hati) manusia dengan Nur Tauhid dan Makrifat.
Sabda Nabi kita bermaksud:
“Alamat mencintai Allah ialah mencintai Zikrullah, sedang alamat kemarahan Allah adalah enggan kepada zikrullah”

Sekian saja catatan ringkas daripada hamba yang fakir ini.  Sumber rujukan tulisan ini diambil daripada kitab Miftahul Sudur karya Syeikh Muhiyiddin Abdul Kaqir Jilani.

Sunday, July 29, 2012

Bagaimana Bersih Diri Rohani?

Assalamu’alaikum wwt.
Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, merupakan saat yang paling baik buat kita membersihkan diri rohani.  Jika diri jasmani tidak perlulah kita pertikaikan lagi...hari-hari kita bersihkan supaya sentiasa bersih seperti mandi, gosok gigi, dan sebagainya. Nak cuci diri rohani bagaimana? Silalah baca seterusnya....

·         Diri rohani dapat kita bersihkan dangan syarat bersihkan hati seluruhnya daripada selain Allah iaitu seluruh hati tenggelam dalam zikir (ingat) kepada Allah.  Lebih tepat lagi kita hendaklah fana’ (lebur) seluruhnya dalam Allah.  Ertinya diri kita hancur seakan-akan tidak melihat dirinya lagi adanya. Dalam hal ini kita ibarat  mati sebelum mati..Yang hidup hakiki ialah Allah Taala jua”.

·         Kata Al-Bazari: 
“Bahawasanya hati itu ada padanya sifat:Al-Latifah (lemah-lembut)Ar-Rabbaniyah (Ketuhanan) dan Ar-Rohaniayah (jiwa dan Roh) yang bersangkutan dengan tubuh manusia. Itulah Hakikat Insan dan itulah yang dapat mencapai arif iaitu tempat Nur yang ditaruh Tuhan padanya. Maka dengan demikian, seseorang itu akan beroleh/mencapai kasyafat(terbuka) daripada segala macam hakikat”.

·         Makrifat tidak akan dicapai, melainkan dengan jalan hati yang sempurna, yang bersih, yang tidak terpengaruh perhubungan dengan duniawi...> ialah dengan hati bersih dan selalu berzikir kepada Allah. Berzikirlah kepada Allah dengan hati, maka dinamakan Ahli Zikir. Jikalau tidak, bukan ia dinamakan orang yang berzikir.

·         Kata Syeikh Muhiyiddin Abdul Kadir Jilani:
“Adapun hati itu tempat Ilmu Hakekat kerana “Latifatur Robbaniyah” yang mengatur bagi sekalian anggota badan".

·         Sabda Nabi:
“Bahawasanya hati itu kotor seperti berkarat besi dan pembersihnya dalah zikrullah.
·         Hati itu tempat jatuhnya pandangan Allah >> maksud hadis Nabi “Bahawasanya Allah itu tidak melihat kepada rupamu, akan tetapi melihat kepada batinmu (hati).

·         Menurut pesanan dan nasihat Pak Ak (Allahyarham Ustaz Ishak bin Itam), cara nak bersih hati ialah dengan selalu Selawat akan Nabi dan beristighfar/mohon ampun kepada Allah. Caranya :

a)      Selawat akan Nabi sebanyak 40 kali selepas Solat Maghrib
b)      Istighfar sebanyak 70 kali selepas Solat Subuh.

Mudah-mudahan, kita semua akan dapat membersihkan diri rohani dengan sebersih-bersihnya. Itulah ilmu kebatinan yang sebenarnya. Tidak perlu kita mencari ilmu kebatinan yang lain...

Saturday, July 28, 2012

Perlunya Syeikh dalam Gerak Amalan Zahir dan Batin

Assalamu’alaikum wwt.
Selamat berpuasa kepada semua pembaca yang setia mengikuti coretan di dalam blog Rawatan Islam Jengka(RIJ). Mudah-mudahan, kita semua dirahmati Allah di dunia dan di akhirat.
Dalam bulan yangmulia ini, rawatan kepada pesakit terpaksa ditangguhkan. Marilah kita merebut peluang beribadah yang sangat-sangat dituntut pada bulan Ramadan ini.
Tajuk saya pada kali ini ialah perlunya kita mempunyai syeikh atau guru yang memandu kita khususnya dalam perjalanan rohani.
·         Tiap-tiap orang yang tidak mempunyai syeikh (guru mursyid) yang memberi petunjuk kepada jalan keluar dari sifat-sifat tercela (penyakit hati), maka dia dianggap maksiat bagi Allah dan Rasulnya, kerana dia tidak dapat petunjuk mengenai jalan yang benar.

·         Barangsiapa yang tidak ada hubungan silsilahnya dengan Nabi, dianggap terputus kelimpahan cahaya dan tidak menjadi waris dari Rasulullah s.a.w.

·         Thoreqat (jalan kepada Allah) ialah atas zahir (Syariat) dan batin (Hakikat).

·         Tiap-tiap Syariat yang tidak dikuatkan dengan Hakikat tidak diterima dan begitu juga tiap-tiap hakikat yang tidak dibuktikan dengan Syariat pun tidak diterima.

·         Syariat itu ialah mempersembahkan ibadat kepada Allah.

·         Hakikat pula ialah memperoleh musyahadah daripada Allah.

·         Sabda Nabi (maksudnya):
Syariat itu Ucapan
Thorekat itu Perbuatan
Hakikat itu Keadaan
Makrifat itu Modal pokok

·         Oleh sebab itu, ajaran zikir tidak akan memberi faedah yang sempurna melainkan dengan Talqin dari guru mursyid yang sanad perhubungannya sampai kepada Rasulullah s.a.w.

·         Sabda Nabi (maksudnya):
“Hendaklah engkau selalu beserta Allah dan jika tidak beserta Allah, hendaklah engkau beserta dengan orang yang beserta Allah agar engkau disampaikan kepada-Nya.”

·         Maka  guru-guru (syeikh) merupakan Thorekat atau jalan kepada Allah yang memberi petunjuk liku-liku daripada jalan itu. Mereka merupakan pintu-pintu terakhir yang akan membawa muridnya masuk menempuh jalan mencapai Allah.