Wednesday, February 15, 2012

Hikmah Doa Penahan (2)

Saudara pembaca yang budiman.
Tulisan kali ini diterbitkan atas permintaan seorang pemuda yang menelefon saya dari Selangor bertanyakan tentang doa penahan.  Beliau telah menghidap penyakit lemah pundi kencing atau tidak dapat mengawal kencing selama 10 tahun.  Beliau turut meminta dituliskan doa tersebut dalam tulisan rumi kerana lemah dalam tulisan jawi.
Sebenarnya catatan mengenai doa penahan ini telahpun saya terbitkan pada 31 Oktober,2011 bertajuk Hikmah Doa Penahan.
Mudah-mudahan tulisan ini boleh dijadikan ikhtiar merawat penyakit beliau dan juga kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah SWT.

Doa Penahan:



Doa no 2: tabbat ya da abii lahabin watab
Doa no.3 : wassyam sutajri limus taqarri laha
Doa no.4 : ya ardhub la’i maa aki wa ya samaa’ u’akli’i.

Kaedah perawatan:
·         Baca selepas setiap kali solat. Sediakan air berdekatan untuk mudah ditiup selepas membaca amalan ini.
·         Apabila membaca ayat no. 2, 3, dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit, tarik dan tahan nafas selama 5 saat kemudian hembus ke dalam air. Air digunakan untuk minum. InsyaAllah
Doa ini boleh juga boleh digunakan untuk menahan darah akibat luka, muntah yang tidak berhenti dan sebagainya. InsyaAllah, amalkan dengan yakin semoga mujarab. Kita hanya berusaha. Setelah berusaha, serahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t.

Sekian...jumpa lagi. assalamu'alaikum.

Monday, February 13, 2012

Bantuan Kecemasan Untuk Pesakit Stroke / Angin Ahmar

Berapa ramai penghidap penyakit stroke/angin ahmar yang terlantar menderita tidak bermaya. Hanya mengharapkan belas ihsan anak isteri atau saudara mara untuk menguruskan keperluan hariannya.

Tetapi....tahukah anda bahawa penyakit stroke boleh dirawat pada peringkat awal serangannya. Bagaimana caranya...bacalah artikel ini seterusnya.

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.

Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Kaedah ini amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.


cucuk kesemua hujung jari mangsa tangan mangsa stroke kira-kira 1 mm

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat,segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.


Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.Beberapa minit kemudian , Insya Allah, mangsa akan sedar semula.Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.

Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.

”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doktor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.”

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.

Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar. Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG
BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

sumber:

Sunday, February 12, 2012

Penyakit Stroke /Angin Ahmar Menurut Perspketif Islam

Stroke angkara jin
Tahukah anda bahawa penyakit "Stroke" adalah berpunca dari JIN?

Apa ni, sikit-sikit jin...sikit-sikit jin....sekarang ni kan zaman moden, mana ada jin? Mungkin itulah persoalan yang ada dalam fikiran anda ketika ini..

 Perkataan Stroke diperolehi dari bahasa Inggeris yang bermaksud penyakit lumpuh atau Angin Ahmar di dalam bahasa Arab. Penyakit ini adalah angkara jahat perbuatan makhluk halus iaitu jin dan syaitan yang akan menyelinap masuk ke dalam rongga, darah dan urat saraf manusia.

Bahana Stroke
Stroke atau angin ahmar adalah suatu penyakit yang amat digeruni kerana ia boleh menyebabkan lumpuh atau maut dalam tempoh yang sekejap, dan hampir tidak disangka-sangka datangnya. Strok terjadi apabila salur darah di otak pecah selepas ia tersumbat. Pengumpulan mendakan lemak, kolesterol, kalsium dan bahan-bahan lain dalam arteri menyempitkan saluran darah yang menyebabkan tekanan darah terlalu tinggi, dan akhirnya arteri ini pecah. Tanpa rawatan segera ia boleh menyebabkan lumpuh, mati sebelah badan atau kematian terus.


salur darah tersumbat di otak menyebabkan stroke


Namun, terdapat tanda atau simptom yang jelas seseorang itu mendapat stroke, seperti tiba-tiba merasa kebas atau lemah sebelah badan, biasanya tangan dan lengan, badan tidak seimbang, tidak boleh bercakap dengan betul, mulut atau pipi menjadi herot, dan lain-lain lagi

Kebiasaan penyakit ini menyerang seseorang yang lanjut usia umurnya dan sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, darah tinggi, darah pekat (polisitemia) dan sakit jantung.

Pelbagai kaedah rawatan dianjurkan oleh perubatan moden dan pelbagai alternatif yang lain seperti urutan, kawalan pengambilan makanan, tips cara hidup yang sihat serta pelbagai ubat-ubatan untuk mengubati penyakit ini. Namun begitu, dalam perubatan islam mempunyai perspektif dan kaedah rawatannya yang tersendiri bagi menangani masalah ini.


Sejarah Rihul Ahmar
Pada suatu ketika cucunda Nabi Muhammad S.A.W telah menghidap penyakit rongga sehingga menyebabkan darah keluar daripada mulutnya. Para sahabat dan Rasulullah S.A.W sendiri telah mendengar tentang penyakit yang sedang dideritai oleh al-Hassan. Tiba-tiba malaikat Jibril A.S datang menemui baginda memberitahu yang cucunda baginda terkena Rihul Ahmar.

Baginda bertanya;

" Wahai saudaraku JIbril, adakah ubat untuknya?"
"Ada!" Jawab Jibril

Malaikat JIbril pon menghilangkan diri sebentar. Kemudian ia muncul dan berkata.

"Bahawasanya Allah S.W.T telah mengurniakan kepada Tuan satu hadiah doa Mustajab. Barangsiapa membacanya biarpun sekali seumur hidupnya, nescaya dia terselamat daripada Rihul Ahmar"

Baginda Rasulullah S.A.W telah membaca doa tadi untuk cucunnya Hassan . Berkat rahmat dan kehendak dari Allah SWT Hassan pun sembuh ketika itu juga dan bangun dalam keadaan sihat.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabat agar mempelajari doa tersebut dan mengajarnya pada umatnya agar doa itu dapat memberi manfaat kepada mereka, memelihara diri daripada terkena penyakit Rihul Ahmar ini.

Sejarah Rihul Ahmar ini sebenarnya lebih awal daripada itu. Peristiwa kemunculan Rihul Ahmar yang hakikatnya adalah sejenis JIN berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman A.S lagi.

Ketika semua makhluk termasuk binatang dan segala jenis JIn tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S, muncullah seekor JIN yang bernama "Rihul Ahmar" yang enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Besarnya seumpama saiz sebatang pokok. Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman A.S;

"Siapa kamu?"

Maka dijawab olehnya; "Saya adalah Rihul Ahmar"

Tanpa mahu tunduk tanda hormat, kemudian ia pun terus menghilangkan dirinya kerana enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Ia muncul kembali pada zaman Rasulullah S.A.W apabila menyerang Saidina Hassan R.A seperti yang diceritakan tadi.

Wallahu 'Alam.