Monday, February 6, 2012

Ajaran Sesat: Hati-hati jangan sampai terjebak

Sesat maknanya tidak jumpa jalan atau jauh dari jalan  yang betul. Ajaran sesat pula bermaksud ajaran yang terpesong dari landasan ilmu yang benar. Mengapa fenomena ini terjadi?


Ayah Pin dengan kerajaan langitnya.. betul ke?

Pada pendapat saya, punca utamanya ialah seseorang itu tidak berusaha menuntut ilmu daripada guru-guru yang sebenar. Faktor lain ialah, inginkan kaedah yang cepat untuk mencapai sesuatu matlamat. Lebih parah jika ilmu agama Islam yang suci tidak dipelajari dengan betul yang merangkumi ilmu tauhid, fekah dan tasauf.

Laporan Bernama.com bertarikh 20 Januari 2007 menyatakan bahawa sebanyak 102 ajaran sesat telah dibenteras dan 22 lagi masih lagi dalam pantauan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sebelum ini, pada tahun 2006 sebanyak 56 ajaran sesat telah diwartakan secara rasmi. Iaitu :
1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Transcedantel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)

38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55. Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar

Thursday, January 26, 2012

Berguru dengan Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi

Alhamdulillah syukur ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat saya berkesempatan berguru dengan seorang tokoh guru bertaraf mursyid iaitu Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin  Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi.

Sedang menadah ilmu daripada syeikh

Rezeki saya dapat menimba ilmu daripada beliau berlaku secara tidak sengaja. Kisahnya  bermula apabila saya meninjau laman blog Darul Ansar. Kebetulan diberitahu akan ada satu pengajian Perubatan Islam yang mempunyai  keistimewaan dari segi  kejelasan sanad ilmu.  Kelas pengajian pun tidak jauh dari tempat tinggal saya iaitu di Temerloh sahaja. Lalu saya memberitahu dan mengajak beberapa orang rakan yang dirasakan berminat untuk bersama-sama menyertainya.  Seperti biasa, ramai yang menolak daripada ikut menyertai saya. Hanya seorang sahaja teman yang berminat. Jadi hanya saya berdua sahaja wakil daripada Bandar Jengka.
Apa yang membuat hati saya terpaut untuk berguru dengan Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin  Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi  ialah dari segi keluasan dan kedalaman ilmunya. Al fadhil telah berguru lebih daripada 100 orang guru terdiri daripada ulama’ yang muktabar. Selain itu, Al Fadhil juga telah menerima lebih daripada  50 ijazah daripada guru-gurunya.  Al fadhil syeikh juga merupakan wakil dan khalifah yang dikitiraf dalam tarekat Al Muhammadiyah Al Idrisiyah di rantau ini. Gelaran “Al Idrisi Al Ahmadi “ diberi oleh  gurunya Al Arif Billah Maulana Sayyid Muhammad bin Idris Al Hasani dan Sayyid Ahmad bin Idris Al Hasani.
Kelas pengajian di Temerloh diajar sendiri oleh Al fadhil Syeikh  sebulan sekali berdasarkan kitab karangan beliau bertajuk  Thibb Al-Idrisi Al-Ansari  : Suatu Kaedah  Pengubatan & Rawatan Menurut Islam”.  Pelajar didedahkan dengan zikir Tarekat Ahmadiyah, Al Husun Al-Mani’ah An-Nabawiyyah (Pembenteng Ampuh Kenabian), Ar-Ruqyah An-Nabawiyah (sanad daripada Al Imam Ahmad bin Hanbal dan sanad Sunan Ibnu Majah). Dan banyak lagi amalan yang perlu diistiqamah oleh setiap perawat Islam.
“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” merupakan pepatah Melayu yang paling tepat bagi setiap orang yang berkehendakkan sesuatu, maka akan diusahakan dengan apa cara sekalipun. Jikalau tidak berkehendak, maka pelbagai macam alasan yang diberi.  Ilmu dan guru di depan mata pun tidak mahu mencari dan belajar, apatah lagi berkorban masa dan tenaga malah wang ringgit. Inilah antara alasan sahabat saya yang tidak mahu mengikut saya belajar....saya sibuklah,...otak dah benak nak belajar,...ada kerjalah,...kaulah belajar, nanti apa-apa aku cari kau dan sebagainya. Pada saya tidak rugi belajar ilmu perubatan Islam. Sekurang-kurangnya wirid dan ijazah daripada guru dapat dijadikan bekal amalan diri sendiri dan membantu keluarga sendiri. Sampai bila nak mengharap kepada orang. Berdoa dan berusaha sendiri itulah terlebih afdhal.
Sekian sahaja coretan kali ini. Jumpa lagi.

Wednesday, January 25, 2012

TAHALLI (Mengisi diri dengan sifat-sifat terpuji)

Sambungan tulisan terdahulu  yang bertajuk TAKHALLI...
Ikutilah sambungannya yang membicarakan kaedah membersihkan diri rohani dan jasmani menurut kaedah sufi/tasawwuf...
Tujuan murni ajaran sufi/tasawuf adalah untuk melahirkan “manusia wara” yang ikhlas dalam beribadat kepada Allah dan ikhlas dalam pengabdian melayani manusia.  Ajaran itu menurut istilah sufi  dinamakan Takhalli, Tahalli dan Tajalli. Sistem ajaran ini memerlukan latihan-latihan dan penuh perjuangan.

Sifat yang menyinari hati / jiwa
Setelah manusia melakukan pembersihan hati, harus diteruskan dengan  penyinaran hati agar hati yang kotor dan gelap itu menjadi bersih dan terang kerana hati yang demikian itulah yang dapat menerima pancaran NUR cahaya Tuhan. Sifat-sifat tersebut  merangkumi semua istilah sifat-sifat yang terpuji seperti:
a)      Taubat : menyesali diri dari perbuatan yang tercela
b)      Khauf/Takwa : perasaan takut kepada Allah.
c)      Ikhlas : niat dan amal ya g tulus dan suci
d)      Syukur : rasa terima kasih
e)      Zuhud : hidup sederhana adanya
f)       Sabar : tahan diri dari segala kesukaran
g)      Ridha : bersenang diri menerima ketentuan Allah
h)      Tawakkal : menggantungkan diri hanya kepada Allah
i)        Mahabbah : perasaan cinta kepada Allah semata-mata
j)        Zikrulmaut : selalu ingat akan mati.
Maka apabila manusia telah menaungi dan mengisi hatinya setelah dibersihkan, dengan sifat-sifat terpuji  itu, maka hati manusia itu menjadi cerah dan terang. Malah hati tersebut dapat pula menerima cahaya dari sifat-sifat terpuji itu.

Mendekatkan diri kepada Allah
Dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah itu, perlu dengan tanjakan-tanjakan dari satu tingkat ke tingkat yang lebih tinggi seperti yang lazim dikerjakan oleh kaum sufi yang merupakan kesempurnaan agama. Kesempurnaan agama Islam itu dapat dicapai dalam 4 tingkat iaitu:
1.      Syariat : ialah Peraturan
2.      Tarekat :  ialah Pelaksanaan
3.      Hakekat : ialah Keadaan
4.      Makrifat : ialah sebagai Puncak segala
(keterangan lanjut tidak dapat dituliskan di sini kerana memerlukan huraian yang panjang...silalah merujuk akan kitab-kitab tasawwuf, mudah-mudahan mendapat pemahaman)