Thursday, November 10, 2011

Lapisan Aura Manusia

Assalamu’alaikum wwt.
Tulisan kali ini adalah sambungan daripada tajuk terdahulu iaitu masih lagi berkaitan dengan aura. Kali ini saya ingin menarik perhatian pembaca mengenai lapisan aura manusia. Semua lapisan aura ini berdasarkan  kajian saintifik iaitu warna-warna aura yang boleh dilihat menerusi kamera khas yang boleh menangkap warna-warna aura tersebut.
Sebenarnnya dalam kaedah ilmu sufi @ tasauf ada juga diajarkan mengenai warna-warna yang membawa pengertian tersendiri. Contohnya di dalam buku lama catatan pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, ada dicatatkan penggunaan kalimah lam Jalallah yang dipakai pada bahagian tubuh tertentu yang disertakan dengan warna seperti merah atau kuning.
Tidak ketinggalan juga dalam Ilmu Nazoriah (jalan sufi), turut menekankan pengamalnya memandang kalimah pada diri dengan warna tertentu mengikut fungsi seperti warna putih, biru, kuning tua, merah, hijau, kuning kunyit dan hitam. Setiap warna ada kegunaannya tersendiri. Tilik serta fikir, wajah serta cahaya....   Jika berminat belajar, boleh hubungi saya (akan saya bawa berjumpa guru)
Saudara pembaca,
Berbalik kepada lapisan aura manusia yang dikaji secara saitifik, iaitu terdapat tujuh lapisan aura yang berada disekeliling tubuh fizikal manusia. Lapisan-lapisan tersebut adalah:

Lapisan Pertama: Lapisan Tubuh Eterik (Cahaya Merah)
Lapisan yang paling hampir atau dalam. Dekat dengan tubuh fizikal: mewakili tahap kesihatan tubuh fizikal.
Lapisan ke-2: Lapisan Tubuh  Emosi (Cahaya Jingga)
 Berkait rapat dengan sistem emosi dan perasaan manusia. juga mempunyai kaitan pada pengalaman manis dan pahit seseorang. Lapisan cahaya warna ini dikatakan setebal tiga inci daripada tubuh fizikal.
 
Lapisan ke-3: Lapisan Tubuh Mental (Cahaya Kuning)
Lapisan ini menceritakan mengenai kebolehan kuasa minda sedar tubuh.

 Lapisan ke-4: Lapisan Tubuh Astral (Cahaya Hijau) Lapisan pertengahan antara lapisan-lapisan yang lain, berkait rapat pada Chakra jantung (hijau). Sebagai lapisan yang menghubungkan tenaga-tenaga yang menghalir daripada lapisan luaran ke lapisan dalaman, begitu juga sebaliknya.

Lapisan ke-5: Lapisan Tubuh Eterik Tinggi (Cahaya Biru)Lapisan yang berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal. Namun pada lapisan ini tenaga bergetar pada tingkat yang  lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi . bagi mengimbangi kesihatan lapisan eterik pertama, lapisan eterik tinggi ini memerlukan getaran tenaga bunyi seperti zikir, doa, bacaan ayat suci al-Quran dan sebagainya, yang melibatkan frekuensi bunyi. Oleh sebab itu jugalah mengapa agama-agama lain menggunakan mantera sebagai alat untuk menggetarkan lapisan ini.

Lapisan ke-6: Lapisan Tubuh Mental Tinggi (Cahaya Indigo)Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi yang berkait rapat pada sistem ‘gerak rasa’  atau ‘firasat’ manusia.

Lapisan ke-7: Lapisan Tubuh Rohaniah atau Spiritual (Cahaya Ungu)
Lapisan yang menghubungkan tenaga alam terus kepada lapisan aura yang lain seterusnya ke dalam sistem chakra tubuh bagi pelbagai kegunaan dan kepentingan tubuh manusia. berkaitan terus dengan sistem roh yang terhubung dengan ‘ talian hayat’ (dikenali juga sebagai kundalini) daripada Allah.
Saudara pembaca,
Rahsia kehebatan penciptaan Allah menjanakan ketujuh-tujuh getaran gelombang tenaga warna pelangi ini bergetar dan memancar bagi keharmonian semua sistem rohani dan jasmani dimana setiap manusia memilikinya. Namun begitu kita memiliki kecenderungan menggunakan satu medan tenaga secara berlebihan atau dalam kekerapan yang tinggi. Seterusnya menjanakan perwatakan yang tersendiri dan unik. Gelombang warna ini lebih terpancar keluar dan dapat dilihat pada medan gelombang elektromegnetik di sekeliling tubuh yang dinamakan sebagai aura.
Sekian untuk perkongsian ilmu kali ini. Jumpa lagi
Sumber rujukan :Rahsia Aura Diri (Internet)

Tuesday, November 8, 2011

Aura : Pancaran Cahaya Diri

Assalamu’alaikum wwt.

Perkataan ‘Aura’ sangat popular dan sering diperkatakan oleh hampir setiap orang baik golongan kecil, remaja, dewasa atau tua. Tentu kita masih ingat akan populariti Mawi yang pernah menjuarai Akademi Fantasia (AF) suatu masa dulu, sehingga  disebut aura Mawi.

Pada pendapat saya, aura ini merujuk kepada cahaya diri yang terpancar hasil daripada amalan kerohanian yang kita wiridkan secara berterusan. Sebenarnya, setiap zikir atau doa-doa merupakan cahaya atau nur yang melingkari diri kita secara zahir mahupun batin. Sebab itulah wajah orang mukmin yang bertakwa kelihatan bercahaya dan berseri-seri. Lagipun, nabi kita Muhammad SAW sendiri pernah mengajarkan kita doa agar Allah mengurniakan Nur kepada kita dari kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, dan di dalam diri.
Tulisan kali ini mengajak pembaca meneroka mengenai aura dari segi saintifik sebelum berbicara dari segi kerohanian.

Apa itu Aura?

Gambaran cahaya aura diri

Aura adalah medan arus elektromegnetik atau perisai halus yang terbentuk di luar objek, yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya. Getaran tenaga ini berkait rapat pada tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal seseorang individu.

Aura juga bertindak sebagai perisai diri. Manusia terdedah kepada getaran tenaga negatif yang berada di sekelilingnya. Dari sinar UV yang berlebihan sehinggalah kepada kesan sinar inframerah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. begitu juga dengan kesan tindak balas kimia buatan manusia seperti gelombang mikro, televisyen, radio, telefon bimbit, dan sebagainya yang terdiri dari teknologi yang manusia cipta. Tidak kurang juga, kesan dari lontaran niat atau kata-kata yang negatif dari orang sekeliling, gelombang bunyi yang negatif seperti lagu-lagu yang keras, sedih dan sebagainya. Semuanya ini adalah kesan negatif yang dilindungi oleh lapisan aura agar tidak mudah mencerobohi sistem fizik, emosi dan rohaniah manusia.
Aura yang sihat dan bersaiz besar, mampu membentengi dan mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang pecah dan nipis, memudahkan gelombang tenaga negatif ini masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku. Faktor stres adalah manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.
Kewujudan aura ini adalah sama sahaja seperti kewujudan lapisan-lapisan langit bumi yang dikenali sebagai lapisan atmosfera dan sebagainya. Lapisan – lapisan ini adalah bertindak melindungi bumi dari radiasi luaran dan pancaran cahaya yang tidak baik untuk kehidupan di muka bumi ini. Bahkan lapisan ini juga melindungi bumi dari hentaman batu metior yang melintasi kawasan bumi ini dengan izin Allah. semuanya adalah dengan kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata, dan setiap makhluk berhajat kepada Kuasa Allah Ta’ala.

Asal Kehadiran Aura
Menurut ilmu sains fizik, setiap benda adalah terdiri dari partikel-partikel kecil yang disebut sebagai atom. Atom terdiri dari elektron-elektron negatif dan proton-proton positif. Proton dan elektron ini adalah getaran elektrik dan magnet. Proton bergerak disekeliling inti, sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang dimana atom bergerak disebut ruang atau medan tenaga (energi field) atau disebut sebagai awan elektron. Medan tenaga ini memancarkan gelombang cahaya. Dengan yang demikian, setiap benda yang terdiri daripada atom, mempunyai ruang tenaga bercahaya. Inilah yang disebut sebagai aura. Namun medan cahaya ini tidaklah seperti sinaran cahaya lampu. Lampu memiliki arus tenaga elektrik yang kuat untuk menghasilkan cahaya yang sangat terang. Manakala aura ini adalah terhasil dari arus elektrik yang halus yang sesuai dengan keperluan tubuh manusia. Oleh itu, pancaran cahaya aura ini tidaklah bersinar seperti lampu. Ibarat lampu kecil yang dipancarkan ke langit. Cahayanya hadir melalui ruang udara, tetapi tidak kelihatan, namun ianya ada. Begitulah tamsilannya.

Sumber Tenaga Elektrik Tubuh
Manusia memerlukan cahaya, air, oksigen dan makanan untuk hidup. Makanan sel terdiri daripada dua kumpulan iaitu pemakanan makro dan mikro. Pemakanan makro terdiri dari karbohidrat, protin, lemak dan air. Manakala pemakanan mikro terdiri daripada vitamin dan zat galian atau sebatian. Semua pemakanan ini hanya akan dapat dimanfaatkan selepas dicernakan dan dijadikan unsur tenaga. Tenaga ini dihasilkan oleh kilang tenaga yang wujud dalam badan dan sistem manusia iaitu Adinosintriphosphate (ATP). Tenaga yang terhasil digunakan oleh tubuh, dan baki yang digunakan akan disimpan untuk digunakan kemudian.
Namun begitu kilang tenaga hanya akan dapat berfungsi apabila adanya kuasa letrik. Disinilah peranan sel neuron diperlukan bagi menjanakan tenaga. Penjanaan tenaga yang dimaksudkan adalah sinaran cahaya suria dalam bentuk getaran gelombang elektromegnetik. Tanpa kuasa ini, kilang tidak akan dapat berfungsi, justru tiadalah kehidupan. Dalam analisa ini, jelas sekali segala kehidupan di muka bumi ini hanya wujud apabila terdapat sinaran cahaya suria (matahari).

Komponen Yang Menyerap Tenaga Matahari
Seperti sistem komputer, sistem manusia tiada fungsi sekiranya tiada bekalan eletrik, atau bateri yang di alirkan kepadanya. Pada sistem Bio-Energi manusia, minda, tubuh dan roh ini memerlukan dan menggunakan sumber tenaga dalam tugasannya. Sumber ini diperolehi dari pelbagai sistem (makanan, udara, air dan cahaya. Sumber elektrik hadir terutama dari tenaga suria melalui rakaman arus elektromagnetik cahaya yang dirakam oleh liang roma di seluruh kulit pada tubuh manusia. Bulu roma dan rambut umpama antena yang merakam gelombang tenaga ini yang berada dipersekitaran kita. ia seterusnya dialirkan melalui sistem jaluran tenaga yang dikenali sebagai meridian oleh rawatan akupuntur. Meridian ini pula bercantum dengan jaluran kundalini yang bertindak sebagai salur utama yang dikatakan berada di sepanjang tulang belakang tubuh. kundalini ini juga merupakan penghubung antara pusat tenaga utama yang dikenali sebagai chakra. Arus tenaga dari antena disimpan oleh chakra yang kemudiannya mengalirkannya semula bagi aktiviti elektrik seluruh tubuh badan. Pengaliran pergi balik tenaga elektrik disepanjang tubuh ini seterusnya menjana setiap atom yang ada dan seterusnya menghasilkan medan elektromagnetik  di sekeliling tubuh yang dikenali sebagai sistem aura manusia.
Sumber info : Asas Ilmu Aura (internet)

Wednesday, November 2, 2011

Selawat Syifa’ : Merawat diri dan penyakit

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum wwt.

Selamat berada dalam bulan yang diberkati iaitu bulan haji, mudah-mudahan kita semua diberkati Allah di dunia dan di akhirat.

Tulisan kali ini membawa kita kepada satu amalan yang sangat dituntut dalam Islam iaitu berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Salah satu tanda cinta kita kepada baginda ialah dengan selalu berselawat kepadanya.

Terdapat banyak jenis selawat yang patut kita amalkan, baik selawat yang mudah dan ringkas ataupun selawat yang panjang. Dalam perkongsian blog kali ini, saya ingin membawa pembaca kepada satu  selawat yang sering dirangkaikan dalam doa-doa penyembuhan penyakit iaitu yang dinamakan Selawat Syifa’.

Selawat Syifa’



Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Menurut bahasa, syifa’ bererti ubat atau penawar atau “tib”. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut; di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat”  atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.


Saudara pembaca,

Selawat Syifa’ sebenarnya sudah lama tekenal sebagai ikhtiar untuk menyihatkan tubuh badan dan menyembuhkan penyakit. Walaupun sebelum ini terdapat usaha pihak tertentu mempertikaikan selawat ini, namun dengan berkat penjelasan yang bernas dan ilmiah daripada Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, maka persoalan tersebut terjawab. Di sini, tidak perlulah saya perincikan permasalahan tersebut. Saudara boleh rujuk dalam buku “Rawatan Penyakit Jasmani (1)” iaitu Siri Pengajian Perubatan Islam Darussyifa’, 2011.

Apa yang penting, dengan berkat berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, maka Allah akan menurunkan keberkatan dan memperkenankan permintaan kita. Apatah lagi, jika diperhatikan makna Selawat Syifa’ sendiri yang memohon kepada Allah agar dikurniakan kesejateraan tubuh badan (rohani dan jasmani), kesembuhan daripada penyakit (rohani dan jasmani), dan cahaya penglihatan.

Saya menerima selawat ini daripada Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Darussyifa') dan juga daripada Guru Utama Ishak bin Itam (Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia). Selawat ini sememangnya tidak pernah saya lupa untuk digandingan dalam doa ikhtiar penyembuhan penyakit.

Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA. (terjemahan):
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak sekali,
Allah SWT akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali

Saya berharap, agar saya sendiri dan juga para pembaca selalu beramal dengan mana-mana selawat. Bacalah selawat terutamanya sesudah solat maghrib sebanyak 40 kali sebagai makanan roh kita...